Maju ke hadapan ..

11:32 PM Unknown 0 Comments

Danialle : Aku bukan tengku , mahupun putera raja dari kayangan , tetapi kenapa bayang-bayang itu juga yang seringkali muncul , Siapa kau yang telah membuatku sasau dengan bayangan , dan jika firasatku tepat , adakah ..

Danialle atau dani bukanlah sang pencinta , mahupun putera yang memiliki wang berjuta-juta , tetapi dia seringkali rasakan dirinya seperti diperhati , siapakah yang memerhatinya ? ataupun sang pemerhati sebenarnya hanyalah khayalan semata-mata ?

Fariza : Aku bukanya khayalan , aku jua manusia , tetapi kenapa susah sangat untuk kau mengerti ?

Fariza di dalam dilema , cinta pertamanya kembali menuntut bela , gelarangan`tunangan`pula menghantui diri .Siapa pula yang bakal dipilih ?

Fendi : Pencarian belum tamat ! masih ada masa 5 bulan lagi !!

Fendi pula sang obses masa , tak habis - habis dengan masanya ..

 Siapakah yang bakal dipihnya ..


~~~~~~~~~~ COMING SOOON !!! ~~~~~~~~~
              

          

                 " Okay , were over !! " teriak Hidayat , orang yang lalu lalang di tasik permaisuri itu mula mengerling ke arah kami , Aku mendengus . Bagus , tak payah susah-susah aku cipta alasan nak break dengan mamat poyo ni
                " okay , if you say so , bye encik hidayat ! " ujarku sambil melambai ke arah hidayat yang sedang terkebil-kebil memandangku . Aku ? apa lagi cabut la , sedih ? tak de maknanya , tak de masa aku nak rasa sedih sebab aku memang terang-terang lagi rasa yang dia tidak secocok dengan ku .
                 "Fen , aku break , again , belanja aku " ujarku , fendi di talian mula tergelak , siapa fendi ? my bff , bukan best boyfriend ek , tapi best friend forever , since kitorang sekolah menengah lagi , kebetulan satu university dan dia pula waris kepada syarikat megah holdings so , memang lepas gred aku terus kerja dengan dia la , nasib aku , tak payah penat -penat pergi interview .
                 "okay,okay , riz , kau kat mana ni ?" aku mengerling ke rearview kereta Accord ku ,
                 "dekat simpang perumahan kau ni , cepat sikit "
                  "Wei , janganla cepat sangat , aku pun nak siap ni "
                   " kau ni mengelabah je , macam perempuan pula nak siap lama - lama , iala , nanti aku dah tercongok kat depan rumah kau ni aku call balik , pakai la gincu , celak kau tu baik-baik ek encik fendi " aku tergelak apabila fendi mula marah
            

~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~

               " okay . so kali ni kali yang ke berapa ? " tanya fendi sambil menghirup kopi yang baru dipesanya 2 minit yang lalu . Aku tersenyum
                "Kau agak ?" fendi mula kelihatan berkerut - kerut
                 " 18 ? " aku mula gelak
                 " you`re wrong , 19 kali dah " ujarku dengan wajah penuh kemenangan
                " apa kata aku yang ke -20 " aku yang menghirup fresh orange ku tersedak
                " What ?? kau gila apa ? no way ! kau tak boleh jadi candidates aku , you`re my best bud ! " ujarku , sungguh , aku sangat sayangkan persahabatan ni , dah lama sangat kitorang jadi bff , nak ubah status tu memang payah sangat , dan kalau dapat ubah , kalau tak , mungkin reletionship kitorang akan rengang , aku tak nak clash dengan orang yang aku dah anggap macam darah daging aku sendiri , no way ! .
                  " Maksud aku , jadi tunang aku ? " ujar fendi . satu je yang terlintas dalam fikiran aku ketika ini , mabuk , sah fendi ni mabuk , mabukkan cerita korea yang dia selalu tengok ni .
                  "Kau ni kenapa ? sihat tak ? kalau tak aku hantar kau balik sekarang , atau melencong jumpa jiran kau ? ( doktor ) " kini giliran fendi pula ketawa .
                   " I`m dead serious , sebenarnya macam ni , mama aku bagi aku masa 3 bulan untuk cari soulmate aku , kalau tak , dia nak padankan aku dengan anak aunty yati , kau pun tau kan , dia tu bukanya betul sangat , kata je anak tokey kain , padahal baju sendiri tak cukup kain " ujar fendi sambil mengeluh , aku merenung nasib kawanku ini , haih nak tolong ke , tak nak tolong , aku baru masuk 22 tahun muda lagi tu , malasla nak fikir pasal kawin-kawin ni
                  " Habis , kau tak kisah ke kalau dengan aku ? apa pula aunty kata ? aku ni bukanya siapa - siapa , anak cikgu je " tanyaku . Fendi tergelak
                  " Apa kau ingat mak aku kisah pasal darjat , untuk pengetahuan kau , mak aku tu anak tukang kebun kat rumah papa dulu , so for sure dia tak kisah dengan pilihan aku ni " ujar fendi sambil tersenyum .
                   " Tapi aku tak pernah anggap kau lebih dari best bud aku , aku dah anggap kau macam darah daging aku dah , kau dah ibarat macam abang aku dah " ujarku . Kelihatan fendi termenung seketika .
                   " tula , aku pun dah anggap kau macam adik aku sendiri dah , aku pun kalau boleh tak nak la pakai kawin kontrak macam dalam novel tu , macam mana ek ? "
                  "Oklah , macam ni kita bertunang dulu buat masa ni , dalam masa ni kau cari la candidates untuk gantikan aku , lepas tu kalau mama kau bising lagi , kita tukar plan B , amacam ?" tanyaku , kelihatan mata fendi bersinar-sinar ,
                  " Ok , aku setuju ! tapi kau tak kisah ke ? " Aku hanya menggeleng-gelenggkan kepalaku . Fendi tersenyum . Dan kami berborak lagi sehingga larut tengah hari .

~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~

                " Danielle , I like you since we first met , can you go out with me ?" ujar atika . Danielle mengeluh , kalau nak diikutkan nak je dia buat announcement ` I don`t want currently any relationship with any girls ` dekat semua perempuan di kolej nya .
                " I`m so sorry tika , tapi buat masa ni saya tak berminat dengan sebarang relationship , tapi thanx sebab suka dekat saya " ujar Danielle sambil tersenyum ke arah atikah . Selepas mengucapkan terima kasih , atikah berlalu meninggalkan danielle .
                  " Bro , ni dah yang ke - 19 kali dah kau rijek diorang , kenapa ek ? " Danielle hanya mengeluh ,
                  "Aku tak tahulah Harith , setiap kali aku dapat luahan perasaan tu , aku mesti rasa macam ada something wrong somewhere , ibaarat macam ada seseorang yang sedang memerhatiku . Benda ni dah lama dah , aku pun tak tau la " keluh danielle .
                  " Agak-agaknya ada orang guna-guna kau kot " Danielle menepuk bahu Harith . Ish ada pula nak doakan kawan dia .
                   " Takdela macam tu , rasanya sebab .. "Telefon danielle tiba-tiba berbunyi .
                   "Hello mak lang ... okay..okay ... niel balik ahad ni ..assalamualaikum .." ujar Danielle . kelihatan harith seperti teruja mendengar berita ini
                   " Kenapa bro ? "
                    "Nampaknya aku kena balik ahad ni la , sepupu aku nak bertunang " keluh Danielle
                   " Kau sure ? sempat ke nak book flight ? baik cepat , aku dengar ada function ahad ke sabtu ni , kau pun tau kan , Perth ni bukanya dekat dengan malaysia tu " ujar harith lagi . Buat sekian lagi , Danielle mula mengeluh .
                
~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~

        " Assalamualaikum , mak lang , mak long " ujar danielle sambil menyalam makcik-makciknya . Pn Maimon hanya tersenyum memandang anak saudaranya .
        " Kalau kau cari bakal pengantin tu , dia ada dekat warung mak senah , pergi cari dia kat sana " belum sempat danielle bertanya mak langnya sudah lama mengetahui , mana taknya , Danielle dan fendi ibarat isi dengan kuku , rapat , mana -mana mesti ada bersama . Danielle mecapai kunci kereta BMWnya dan memecut ke warung mak senah .
         Sesampainya di sana , kelihatan Fendi sedang berbual rancak denagan seorang perempuan yang kelihatan sedikit terlindung dari penglihatanya . Danielle merapati  Fendi 1 .. 2 .. 3 .. bukh..
         "Oh mak jatuh dari tempayan .." latah fendi . Apabila terpandangkan Danielle ,  fendi terus memukul lengan danielle , dan mereka sama-sama ketawa .
          "Oh , ni nak kenalkan , my future bride " ujar fendi sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arah Fariza . Aku hanya tersenyum melihat telatah fendi dan sepupnya . Apabila mata kami bertaut . Kenangan 13 tahun yang lalu kembali menerjah .

~ . ~ . ~ . ~ . ~. ~

~  13 tahun yang lalu ~

      " Ibu..jangan tinggalkan abang ngah bu .."teriak seorang budak lelaki di muka pintu kelas 1 Kasturi . Aku hanya memandangnya dengan wajah yang tidak percaya . Takkanlah nak ditinggalkan untuk setengah hari di sekolah pun nak berteriak ? . Memalukan kaum Adam je . Aku mengeluh .
       "Danielle , awak boleh ambil tempat di sebelah Fariza " ujar cikgu Maimun ke arah budak lelaki itu . Kelihatan budak lelaki itu mengangguk-nganggukkan kepalanya seketika sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi sebelahku . Aku melemparkan senyuman , salah satu taktik yang telah diajar oleh abang-abang ku sebelum melangkah ke sekolah pagi tadi .
      "Hai , nama saya Fariza , panggil iza , awak danielle kan ? "tanyaku . Kelihatan danielle lambat - lambat menyambut senyuman ku .
      "ya , nama saya danielle , panggil niel je " ujarnya sebelum mengelap sisa-sisa air matanya . Sejak dari itu , kami telah menjadi kawan rapat . Di mana ada aku , di situ ada danielle . Bukanya aku tak de kawan perempuan , cuma aku dah biasa dengan lelaki kerana aku mempunyai dua orang abang . Kalau perempuan pun cuma mama dan Filza je , adik perempuanku .
     "Iza , saya nak cakap sikit , awak jangan marah ye " tanya Danielle ketika kami sedang sedap menikmati roti canai di dalam kantin sekolah . Aku menoleh ke arahnya .
    "Ai , sejak bila nak kena tanya permission dulu sebelum cakap ? cakaplah , macam mana aku nak tau kalau cakap pun tak " ujarku . Kelihatan danielle mengeluh seketika .
    " Sebenarnya , saya nak pindah tak lama lagi " ujar danielle . Aku tersedak .
    " Apa kau cakap ? kat mana ? "
    " Johor kot " keluh danielle lagi .
    "Ooo , tak pela " ujarku . Malam tu aku tak dapat lelapkan mataku , mau tak , danielle my best bud dah nak pindah , mau tak sedih , kat johor pula tu , jauh melangit . Aku mengeluh .
     Takpela , baru pukul 8.30 , call la Danielle sekejap . Aku memicit kekunci telefonku . Tiba-tiba , abang sulungku menerpa ke arahku "Hah , apa kau buat tu iza , call boyfriend la tu " ujar abang syafiq . Aku menjeling ke arahnya . Apa dia ingat aku macam dia ke , siang malam dok call atau text girlfriend dia , sorry ek , Fariza bukan macam tu , tambahan lagi aku baru darjah 3 .
    "Mana ada , Iza nak call niel jap , bosanla , ada abang pun bukan nak teman main " ujarku separa merajuk . Abang syafiq yang sedar akan tindakanku cuba memujuk , belum sempat dia mulakan taktik pujuk-memujuknya , perutku pula buat hal . Kerana terlalu tergesa-gesa mengejar cik T , aku terlupa
untuk mematikan panggilan yang aku buat tadi
     "Hello .. "
     " I Love You ... tutututu.. " danielle di talian terkedu . Talian kemudian dimatikan selepas ucapan `I love you ` sebentar tadi .

~ 6 tahun kemudianya ~

     " Danielle , hari ni hari terakhir kau kan ? " tanyaku . Sebenarnya saja je aku tanya soalan cepumas ni , memang aku tau hari ni hari terakhir dia , mana taknya , nak dekat sebulan dah dia cakap pasal proses pembindahan barangnya tu kat aku . Hari ni dia nampak tak bermaya sangat , lepas tu macam cuba nak mengelak dari aku je , mungkin sebab dia takut dia akan miss aku kot .
     " Haah " ujar danielle . Aku mengangguk laju .
     " Okay , kalau macam tu , hari ni kita pergi sungai kat belakang rumah cikgu maimon tu nak  ? " pelawaku
     " Nak buat apa kat sana ? " tanya danielle dengan muka blurnya . Tetapi dalam ke-blur-ranya itu nampak seperti takut-takut juga .
     "Apa lagi ? kenakan abang - abang aku la " ujarku sambil tersenyum jahat . Untuk makluman umum , walaupun aku perempuan , kenakalan aku melebihi lelaki . So , don`t judge the book by its cover la ..
      Kelihatan daniellle mengangguk-ngangguk seketika dan kami berdua mengatur langkah ke sungai sambil mengatur plan kami . Danielle kemudian jalan mendahului ku . Tiba-tiba Faizal datang dan menolak bahu Danielle . "Hoi , Danielle , kau nak pergi mana hah ! apa kau nak buat kat sini ? kau nak tangkap ikan ke ? pandai ke budak lembut macam kau ni tangkap ikan " Faizal kemudian mula merapatkan badanya dengan badan Danielle . Aku yang terperasan keadaan itu kemudian mempraktikan `Flying Kicks ` aku dan hasilnya Faizal telah tertolak jatuh Danielle ke dalam sungai .
      Danielle yang sememangnya tidak pandai berenang terkapai - kapai di dalam sungai . Tanpa melengah lagi Fariza cuba dengan sedaya upayanya menarik Danielle ke daratan . Faizal hanya memandang mereka dengan pelik . Kemudian datang pula Roslan dan Hafiz . Mereka turut memandang Fariza dan Danielle . Akhirnya , Fariza berjaya menarik keluar Danielle .
     Danielle terbatuk-batuk kecil dan tersedar . Aku mengucapkan syukur kerana telah menyelamatkan nyawa kami berdua . "Haha , Danielle si budak manja , harap muka je handsome , tapi .. haha , pengecut , berenang pun tak pandai . Nasib ada Fariza . Eh , apasal kau beria-ia sangat nak tolong dia ni Fariza ? korang ni ada apa -apa ke " ujar Faizal sambil tergelak terbahak-bahak .
    "Agak-agaknya la kan kalau diorang kahwin nanti siapa la agaknya suami ek ? " sambung Roslan ketiga-tiga mereka gelak sampai menekan-nekan perut masing-masing . Danielle yang sudah tersedar sepenuhnya menggenggam bajunya . Dia kemudian berlalu meninggalkan kami dengan begitu sahaja .
      Aku menampar kedua belah pipiku sebelum berjalan menujunya . "Niel , tunggulah , apasal kau lari tadi ? " aku cuba menyentuh bahunya . Danielle menpis tanganku dan berlari kembali ke rumahnya . Aku terkedu .
     
Keesokan harinya ....

        "Nielle , kau gaduh besar ke dengan laki kau ? apasal korang nampak lain macam je hari ini ? " ujar Faizal . Aku mendengus . Masih tak serik-serik lagi ke dia ni . Agak-agaknya memang dia doakan kitaorang mati sahaja masa hampir lemas semalam .
          " Nielle , tak apa ke macam ni ? kau kan tak boleh duduk seorang , nanti kau menangis " sambung Hafiz . Galak mengusik Danielle yang lagak seperti udang kena bakar . " Korang dengar sini ,  Aku bukan isteri dia ! dan dia juga bukan suami aku ! Aku tak sebodoh tu kalau nak bezakan mana perempuan dengan mana lelaki ! " jerit Danielle . Aku terkedu . Danielle pasti betul-betul marah kerana dia tidak pernah membahasakan dirinya sebagai aku sebelum ini . Kelihatan semua pelajar kelas itu juga terkejut dengan tindakan Danielle .
           " Kau ni , kalau cakap tu beradat la sikit , nanti terasa pula suami .. eh , isteri kau " ujar Roslan , masih ingin mengusik . Danielle menjengkilkan matanya . " Apa aku peduli ? kalau dia nak terasa pun , bukanya aku suka dia pun " kata Danielle . Aku terkedu dan hanya menundukkan kepalaku dan berlakun seolah - olah sedang sibuk membaca buku walaupun aku terdapat mata-mata yang sedang memandangku . Aku cuba menahan air mataku dari menitik .
           " Kalau betul pun , tak mungkin dengan Fariza si pengkin tu ! . " ujar Danielle dengan bangganya . Aku tidak betah lagi tunggu di situ . Biar , biar seberapa banyak mata yang memandangku ketika itu . Aku tak peduli ! . Fariza terus berlari ke tandas sambil menangis sepuas-puasnya .
             " Fariza , kenapa mata kau bengkak ? siapa buat kau ni ? " tanya Faizul . Abang sulungnya meneliti mata adik kesayanganya dengan penuh berhati - hati . Fariza menepis tangan abangnya dan berlari ke dalam biliknya . Fariza menangis semahu-mahunya sambil menekup mulutnya dengan bantal supaya tiada ahli keluarga yang mengetahui tentang masalahnya . Baginya cukuplah hanya abang longnya yang tahu tentang perkara itu . Tika itu , dia bertekad untuk berubah . Berubah untuk membuktikan bahawa dia bukan pengkid seperti apa yang dikatakan oleh Danielle .

~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~. ~. ~

        " Eh , korang , apasal ni ? korang ada apa - apa ke ? pernah bertemu ke sebelum ni " tanya Fendi sambil melambai-lambaikan tanganya di hadapan ku . Aku tersedar , begitu juga Danielle . " Eh , tak de apa - apalah Fen " ujarku , sedikit gugup . Aku perasan renungan Danielle kepadaku tetapi aku buat-buat tidak endah .
          " Eh , korang borak-borak la dulu eh , aku nak ke tandas jap " ujar Fendi . Aku dan Danielle mengganguk serentak . Danielle masih memandangku . Dengan gugupnya aku mencapai Fresh Oren di  hadapanku dan menyedutnya . " Aku tahu kau kenal aku ? Fiza , kau masih marah aku ke ? " tanya Danielle . Aku hanya menyepi . Kalau dah tahu kenapa nak tanya lagi . Aku mendengus geram .
           "Ala , Fiza janganlah treat Nielle macam ni , kita kan kawan " pujuk Danielle . Cuba meraih simpatiku . " Kalau dah tahu salah , kenapa nak tanya lagi ? cukuplah Nielle kecewakan Fiza , Fiza tak nak ada kaitan dengan Nielle langsung dah lepas ni " ujarku . Aku terus berlalu keluar dari restoran itu .         Kelopak mataku tinggal tunggu masa sahaja lagi sebelum hujan .
             Fendi yang baru sahaja tiba di meja makan mereka terkedu . Fendi terus menerpa sepupunya " Bro , apa cerita ni ? apa hubungan kau dengan Fiza ? " soal Fendi bertubi-tubi . Danialle hanya meraup wajahnya dan beristighfar di dalam hati .
     
~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ .  ~

0 comments: