A.D.I.K

3:13 AM Unknown 0 Comments


Malam mula bertandang . Kelihatan seorang gadis lingkungan 20an sedang termenung di balkoni rumahnya . Matanya ditalakan ke arah cahaya bulan sambil sesekali menolak rambut yang ditiup bayu angin . “ Adik ..” perlahan gadis itu menyebutnya namun masih kedengaran . Lingan air mata mula mengisi ruang tatkala memori 6 tahun yang lalu terimbau .
            “ Maaf , mak terpaksa pisahkan Sofia dengan Amir “ Aku memandang mak yang kelihatan seperti susah untuk memberitahu khabar itu kepadaku .
            “ Mak , memang tak ada cara lain ke ? tolonglah mak , bagilah saya 3 tahun lagi , lepas saya habis tingkatan 5 saya janji saya akan bawa adik saya dan jaga dia macam anak saya sendiri “ ujarku yang ketika itu masih berusia 15 tahun .
            Mak mengeluh untuk kesekian kalinya “ Iya , mak memang harap hari macam ni tak dapat hadir , tapi fia tahu kan ? memang protocol dekat sini macam tu , mak dah cuba , dah tanya kalau puan Zurina dan suami dia dapat ambil kamu sekali , supaya tak payah pisahkan kau orang , tapi nampaknya mereka seperti hanya mahukan Amir “ perlahan bicara mak . Aku hanya tertunduk . Memandang adikku yang sedang nyenyak tidur di pangkuanku .
            Aku mengusap-usap rambut adikku “ Lagipun mak dah check latar belakang keluarga tu . Keluarga tu keluarga berada , in shaa allah mereka dapat jaga adik fia dengan baik “ sambung mak lagi .
            “Baiklah mak , bila mereka nak datang ambil Amir ? “ ujarku . Memang sejujurnya hati ini sebenarnya memberontak ! , ingin sahaja aku katakan kepada dunia bahawa ini adik aku dan hanya akulah selayaknya memeliharanya .
            Mak tersenyum kepadaku “ Kalau tak ada aral melintang , in shaa allah esok “ ujar mak . Mak memeluk bahuku dan kemudian berlalu meninggalkan aku dan adikku sendirian . Aku mencium dahi adikku yang ketika itu berusia 3 tahun . 
            “ Amir tak dapat kejar akak , haha , mehlah sini , buek ..” ujarku sambil menjelir lidah ke arah adikku . Amir tidak henti –henti mengejarku sehingga aku menangkapnya kedalam dakapanku . Aku memeluknya erat tatkala mak dan dua wajah yang tidak ku kenali muncul di hadapanku .
            “ Sofia , kenalkan , ini Pn Zurina dan suaminya , Encik Nizam , merekalah yang ingin mengambil Amir sebagai anak angkat “ Pn Zuriana dan suaminya melemparkan senyumannya kepadaku , aku hanya tersenyum kelat tatkala mendengar perihal ibu bapa angkat .
              “ Amir , kakak sayang sangat dengan amir , akak janji , nanti suatu hari akak akan ambil balik Amir dari diaorang , tapi buat masa ini akak harap amir dapat membesar dengan baik dan jadi budak baik , ok “ ujarku . Air mata yang ingin menitis cuba ku tahan .
             Aku menyerahkan amir kepada Pn Zuriana . Tiba-tiba Amir menangis “ Adak … “ katanya sambil menghulurkan kedua belah tanganya seperti ingin kembali kepada dukunganku . Aku menekup mulutku tatkala air mataku mula menitik .
            Tangan ini seperti ringan sahaja untuk berlari dan mencapainya tetapi otakku cuba menidakkanya “ Mak cik janji , mak cik akan jaga amir macam anak mak cik sendiri “ ujar Pn Zurina .
             

            “Amir .. “ tanganku seperti meraba-raba ke awangan . Aku tersedar dari tidurku . Mata ku tala ke arah jam digital di sebelah katilku
            “ Ya Allah , pukul 6.30 dah “ Aku terus bangkit dan mencapai tuala mandi dan berlari ke tandas . Selepas menunaikan solat subuh dan siap ala kadar . Aku terus mencapai kunci kereta Honda Accord ku dan terus memandu keluar kondominium rumahku .     
            “ Sofia , sofia , sofia , you`re late ! “ Ujar Rayyan yang sudah bersedia dengan buku di tanganya . Aku hanya tersenyum sambil menyapanya
            “ I`m sorry mr Rayyan , traffic jam ! “ ujarku sambil menuju ke Rahiza untuk solekan . Rayyan hanya mencebik .           
            “ Banyaklah you punya traffic jam ! I pun baru sampai ni , taka da traffic jam pun “ jerit Rayyan
            “ So , kiranya you pun baru sampai lah ni ? “ tanya Rasylan . Rayyan menelan air liurnya apabila terpandang Rasylan aka mr director kami .
            “ Okay Sofia , ready ? “ aku menunjukkan thumbs up kepada Rasylan . Rasylan mengangguk seraya berkata “ Ready .. and action ! “


            “ Wei , kau dapat tak surat undangan ke majlis perkahwinan Tengku Afreena tu ? “ tanya Saiful sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi berhadapan Danial .
            Danial hanya mengerling sedikit ke arah sahabatnya sebelum menalakan pandangan ke computer Macnya “dah “ ujar Danial sepatah .
            “ Niel , kau ni kan , aku tengok dah macam taka da life dah aku tengok , kalau tak dengan kerja , mesti dengan anak kau kan , kalau taka da dengan anak mesti dengan kerja kan ? , taka da benda yang lagi best ke yang kau boleh buat ? “ tanya Saiful .
            Danial hanya menjeling ke arah Saiful . Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang penting “ Alamak , anak aku ! , Ful sekarang pukul berapa ? “ tanya  Danial . Saiful hanya menunjukkan angka 1 . Danial mencapai kunci keretanya dan berlalu ke arah kereta porchenya .


            “ Amir , sorry sangat abang lambat tadi , abang tak sedar yang dah pukul 1 tadi , banyak sangat kerja “ ujar Danial sambil sesekali memandang Amir yang sedang enak menikmati ais krim traffic lightnya .
            “ Tak apa , Mir tahu abang sibuk “ ujar amir sambil menyambung suapanya . Danial tersenyum kecil sambil membelokkan keretanya ke pejabatnya .
            Amir menguatkan radio kereta “ Bang , bang , lagu sofia la bang ! “ ujar Amir sambil sesekali menari mengikut rentak lagu . Danial hanya tersenyum
            “Macam mana Amir tahu menari lagu ni ? “ tanya Danial . Amir  mengerling ke arah Danial “ You tube “ jawapan Amir berjaya membuatkan Danial tercengang .
            “ Wow , you tube , mana amir tahu pasal you tube ni ? “ tanya danial . Amir hanya tersenyum.
            “Abang , semua orang tahu you tube la sekarang , apalah abang ni “ ujar Amir . Danial hanya tersenyum mengenangkan keletah adiknya sambil membelokkan keretanya masuk ke perkarangan ofisnya .
            “ Amir malam besok ikut abang pergi kenduri kahwin kawan abang ye ? “ tanya Danial . Amir yang sedang leka bermain patung ultraman memalingkan fokusnya kepada Danial sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya .
           

            “ Nielle , you come “ sapa Tengku Afreena . Danial hanya tersenyum
            “ I would not miss it for the world , lagipun you kan one of my besties , suami you tu pun besties I juga , of course lah “ ujar Danial . Tengku Afreena kemudian memalingkan pandanganya ke arah Amir .
            “ I see you brought Amir along , hi amir ! , aunty ada surprise untuk amir malam ni “ ujar Tengku Afreena sebelum membisikkan sesuatu ke telinga Amir .
            Kelihatan Amir seakan-akan teruja apabila diberitahu tentang perkara ini “ Ye ke aunty ? ni yang buat mir sayang sangat dengan aunty ni “ ujar Amir sambil sesekali terlompat-lompat . Tengku Afreena hanya tersenyum melihat keletah Amir
            “Okay , you alls have fun okay , I nak pergi greet tetamu lain pula “ ujar Tengku Afreena sebelum berlalu ke meja tetamu lain .
            “ Apa yang aunty freena cakap kat mir tadi ? “ soal Danial . Amir hanya tersenyum mesra “ Rahsia…”ujar Amir sebelum berlalu mendapatkan kenalannya yang turut hadir di majlis itu .
           

            “ Sofia , thanks a lot sebab dapat juga datang buat persembahan hari ni “ ujar Tengku Afreena . Aku hanya tersenyum memandang Tengku Afreena .
            “ You`re welcome , lagipun hari ni I free , daripada tak buat apa-apa baik I datang tolong riuhkan majlis you “ ujarku . Tengku Afreena hanya tersenyum memandangku .
            “ Okay , tak apalah , you enjoylah dulu ek , I nak pergi greet tetamu lain “ ujar Tengku Afreena sebelum berlalu mendapatkan suami yang baru dinikahinya sebentar tadi .
            Mataku melilau mencari sesuatu untuk dilakukan dan untuk dimakan . Dalam hati aku mengagumi dekorasi majlis perkahwinan Tengku Afreena ini . Siapa sangka , dengan hanya menambahkan sedikit keemasan terhadap warna putih dapat menghasilkan suatu impak yang sungguh luar biasa . Tiba-tiba mataku tertacap ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan seperti terkapai-kapai untuk  mengambil sesuatu dari meja makan kerana tidak sampai . Langkahku dihalakan ke arah meja makan lalu mengambil makanan itu untuk budak lelaki itu .
            “ Terima kasih..ka..” aku terkedu . Serasa wajahnya seperti wajah seseorang yang pernah ku lihat . Kelihatan budak itu juga sama terkedu sepertiku .
            Aku melambai-lambai ke arah mukanya apabila panggilanku tidak disahutnya “ Akak , akak penyanyi lagu everlasting love tu kan ? “ tanya budak itu . Aku hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalaku .
            Kelihatan budak lelaki itu seperti teruja apabila mengetahui tentangku sehingga terlompat-lompat . Telatahnya yang mencuit hati itu telah berjaya membuatkanku tersenyum .
            “ Hai dik , best sangat ke jumpa akak ni ? “ tanyaku sambil tersenyum ke arahnya . Budak itu menjengkilkan matanya
            “ Gila tak suka , akakkan penyanyi popular dekat Malaysia ni “ ujar Amir , senyumnya tidak lekang dari bibirnya .
             Aku juga turut tersenyum “ Amir , jum balik ! “ jerit satu suara dari arah belakang ku . Aku menoleh menghadap arah suara itu dan terpana . Wow , sesungguhnya indahnya ciptaan tuhan . Aku kemudian memandang budak lelaki itu dan sekali lagi terkedu . Bukan ke tadi dia panggil budak ni Amir ?
            “ Adik , nama adik amir ye ? “ soalku . Kelihatan budak itu mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mencapai tangan lelaki yang memanggilnya tadi .
            “Kak sofia , ni… “ belum sempat Amir memperkenalkan Danial kepada Sofia , Danial terlebih dahulu mencelah “Ayah , Amir ni anak saya “ ujar Danial sambil tersenyum ke arahku . Aku hanya tersenyum kelat .
            “Oh , hi , nama saya sofia , comel betul anak awak ye “ ujarku sambil mencubit pipi Amir . Amir terpisat-pisat malu sambil menggosok-gosok pipinya . Aku dan Danial tergelak kecil apabila terpandang pipi Amir yang kelihatan kemerah-merahan
            “ Haah , dia memang comel , sofia kan ? saya minta maaf sebab ganggu perbualan korang sebentar tadi tapi saya rasa saya kena bawa amir ni balik dululah “ ujar Danial . Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Danial dan Amir , aku berlalu ke arah Tengku Afreena untuk meminta diri sebelum pulang .
           

            “ Sofia , lepas ni you kena temu bual pengarah syarikat ni .. ha ..ni..nama dia Danial , ceo syarikat Unite “ aku mengangguk-anggukkan kepalaku dan menyambut kad yang dihulurkan oleh Rahiza kepadaku . Sambil bersembang dengan Rahiza , mataku tertacap ke arah suatu sudut , kelihatan seperti seseorang yang aku kenali .
              Aku berjalan ke arah mereka “ Amir .. hi ! buat apa kat sini ? “ soalku . Kelihatan Amir seperti teruja memandangku .
            “ Eh , kak Sofia pun ada kat sini ? “ soal Amir , aku hanya tersenyum memandang Amir .
            “ Tak , sebenarnya Amir temankan abang amir datang sini “ senyum amir . Aku mengerutkan dahiku “ Abang ? amir ada abang ke ? “ soalku .
            Persoalanku terjawab apabila Amir menalakan jarinya ke arah Danial yang sedang berjalan ke arah kami “ Itu abang Amir ? bukan itu ayah Amir ke ? “ soalku . Amir hanya menggeleng-gelengkan kepalanya .
            “ Hai danial , berjumpa lagi kita kan ? “ senyumku . Danial membalas senyumanku  .
            “ Haah , jumpa lagi kita ek , Mir , tunggu aba..eh , ayah kat sini ek “ ujar Danial sebelum berlalu ke arah kerusi yang telah disediakan untuk tujuan pengambaran . Aku juga turut meminta diri dan mengambil tempat disebelahnya .
            “ Encik Danial , boleh tak kalau lepas ni saya belanja encik dengan Amir minum ke apa ? “ soalku . Kelihatan seperti Danial rimas dengan soalanku ini
            “ Sorry , saya ada kerja lepas ni , lain kali lah ye “ ujar Danial . Aku hanya tersenyum
            “Oklah , kalau macam tu saya pergi dengan Amir je lah , boleh ? “ Kelihatan seperti Danial semakin rimas dengan persoalan ku .
            “ Ke , saya kena tanya isteri encik Danial dulu untuk mendapat kebenaran ? “ soalku . Danial kelihatan sedikit menggelabah apabila perkataan isteri itu diungkitku .
            “Encik Danial jangan takut , saya tak akan buat macam-macam dengan amir, saya janji “ ujarku sambil mengangkat tanganku tanda sumpah . Danial kemudian mengangguk-anggukkan kepalanya manakala aku pula sudah tersenyum lebar ketika itu .
           
           
             “ Amir , nak tak ikut akak makan ice krim ? “ soalku .  Danial mengangguk-anggukkan kepalanya  “okay “ senyum Amir . Aku memimpin tangan kecil Amir ke arah kereta ku .
           

            “ Okay , Amir nak ice krim mana ? “ soalku , Amir menunjuk-nunjukkan jarinya ke arah papan tanda chocolate chip . Tiba-tiba memori tentang adikku Amir kembali menerjah . Amir . Macam manalah dia sekarang ye . Tanpa ku sedari air mata mula berjujuran . Amir yang menggenggam tanganku , kak , akak sofia ok ke ? “ soal Amir . Aku hanya tersenyum kelat ke arahnya .
            Setelah membuat pembayaran , kami bergerak menuju ke barisan kerusi yang terdapat di dalam kedai Baskin Robbins itu . “ Sebenarnya , dulu akak ada adik .. tapi ada orang ambil adik kakak dari kakak “ ujarku .
            Amir yang sedang leka menikmati ice krimnya memandangku “ Ada orang ambik adik kakak ? siapa orang tu ? “ soal Amir . Aku tersenyum melihat ice krim yang melekat di mukanya. Tiba-tiba aku terkenang kembali Amirku .
            “ Amir , umur amir berapa ? “ soalku . “ 9 tahun , sekarang amir darjah 3 “ ujarnya . Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku .
            “ Nama adik akak pun Amir juga , umur dia pun sama macam Amir “ luah ku . Air mata mula menitik semula . Amir kemudian datang ke arahku lalu memaut leherku .
            “ Ala kak Sofia , janganlah menangis , nanti Amir pun nangis sekali tengok Kak Sofia nangis … kalau kak Sofia sedih sebab tak dapat jumpa adik akak , amir je lah jadi adik akak .. boleh ? “ soal amir . Aku hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum ke arahnya sebelum kami kembali menikmati ice krim kami .
  
           
            “Assalamualaikum , hello , ini encik Danial ke ? “ soalku . Danial di dalam talian menyambut salamku . “ Encik , kami dah habis makan ice krim , sekarang saya kena hantar dia ke mana ye ? “ soalku .
            “ Boleh tak kalau awak hantar dia dekat office saya ? “ soal Danial  . “Office , taka pa lah kalau macam tu agak-agak pukul berapa encik balik ye ? “ soalku lagi .
            “ Saya selalunya balik lebih kurang pukul 6 “ aku mengangguk-anggukkan kepalaku . “Kalau macam tu saya hantar Amir dalam pukul 5.30 lah “ ujarku . Yes! , peluang ! .” Tak apalah , susah-susahkan Sofia je ..”ujar Danial .
            “Tak adalah yang susahnya , lagipun dia boleh jadi shopping buddies saya “ ujarku . Senyumanku semakin melebar tatkala Danial menyetujui rancanganku .
            “Okay mir , let`s go shopping ! “ ujarku . Aku memimpin tangan Amir dan kami berdua mula menjelajar Mid Valley itu .


            “Mir , banyak nya mainan .. mir nak buka kedai mainan ke ni ? “ soal Danial semasa aku menghantar amir pulang ke ofis Danial . Amir hanya tersenyum menampakkan barisan giginya kepada abangnya .
            “Mana ada , abang ni , jealous ek , akak Fia yang belanja semua ni , dia kata Amir budak baik , sebab tu dia belanja amir “ ujar amir . Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memandang ke arahku .
            “Terima kasih ye sofia , tapi lain kali jangan beli banyak mainan untuk dia , nanti dia tak baca buku balik nanti “ ujar Danial . Amir menjengkilkan matanya
            “Ala , abang jealouskan .. cakap je lah , ye,ye ,nanti amir kongsi mainan amirlah “ amir menarik muncungnya . Aku dan Danial hanya tertawa melihat telatah amir .
            “ Eh , encik Danial , saya rasa dah lewat ni , saya balik dululah , thanks sekali lagi sebab trust saya jaga amir “ ujarku . Danial hanya mengangguk-anggukkan kepalanya .
            “No prob ! , lain kali kalau nak colek dia ke apa , roger je saya , lagipun kalau awak tak colek dia tadi , mesti dia akan duduk terperap je kat dalam office ni “ ujar Danial sambil tangannya mengusap kepala Amir . Aku hanya terangguk-angguk dan tersenyum melihat ke akraban mereka .
            Selepas mengucapkan selamat tinggal lagi sekali kepada mereka , aku melangkah ke arah keretaku . Senyuman tidak lekang dari wajahku apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa yang ditempuhi sebentar tadi . Aku memulas punat radio keretaku sehingga maksimum dan menyanyi mengikut iramanya sambil memandu keluar dari perkarangan office denial .


            “ Okay …and cut! “ ujar Rasylan . Aku berjalan menuju ke arah Rahiza . “Rahz , lepas ni apa ye ? “soalku . Rahiza membelek-belek scheduleku .
            “Umm , lepas ni .. kosong .. free..“ ujar rahiza . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku . “ Tapi , tadi Tengku Zafril call , dia nak ajak fia makan .. nak pergi ke ? “ soal Rahiza . Aku terfikir sejenak . Nak ke aku keluar makan dengan  mamat yang dah ada 3 isteri tu ? hum .
            “Nope , cancel , jangan bagi I keluar dengan dia .. takut nanti dia suruh I isikan tempat yang keempat tu pula . Lagipun you tengok tak masa I shooting dengan dia haritu , boleh pula dia pandang-pandang I macam tu .. ish… memang tak lah I keluar dengan dia “ ujarku sambil tergeleng-geleng aku menidakkannya . Rahiza tergelak melihat aksiku .
            “ So , whats next ? “ soal Rahiza . “Raz , I dah lama tak belanja you kan ? jom lah hari ni kita makan lasagnia dekat restoran popular dekat subang tu nak ? my treat .. “ ujarku sebelum kami berjalan menuju ke keretaku .
            Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang “ cup .. I rasa ada lagi satu orang yang I nak belanja hari ni ..” ujarku . Rahiza memandangku “Siapa? “ aku hanya tersenyum sambil mengeluarkan telefon bimbitku .


            Jam sudah menunjukkan angka 1 . Kelihatan Danial seperti tidak lekang tangan di keyboard komputernya . “ Boss , hari ni meeting pukul 1.30 jadi ye boss ..” ujar shila merangkap setiausaha danialle .
            Danial memandangnya sekilas “ Jadi..jadi “ ujarnya sebelum sambung kerjanya . “Serius ke boss ? boss tak ambil amir ke ? “ soal shila . Danial menepuk dahinya . Allah anak aku !         Tiba-tiba telefonnya bordering “Hello , ini Sofia , boleh tak kalau saya nak cakap dengan amir ? “ soalku , Teringin mendengar celoteh amir , tak dapat adik sendiri adik orang pun jadilah .
            “Sofia..yang penyanyi tu kan ? “ soal Danial . Aku mengiyakan . “Sofia , nice timing betul you call ni , boleh tak kalau I minta tolong you sekejap ? “ soal Danial .
            “Apa dia ? “ soalku kembali . “Boleh tak kalau you tolong jemput Amir dari sekolah dia , sebab I tak rasa I sempat ambik dial ah , I ada meeting kejap ni “ terang Danial .
            Pucuk dicita , ulam mendatang , aku bersetuju untuk mengambil Amir dari sekolahnya . Setelah diberitahu nama sekolahnya , aku terus memandu ke sekolah amir dengan hati yang berbunga-bunga .


            “Hai amir , ingat akak lagi tak ? “ ujarku . Amir yang sedang berborak-borak dengan rakan-rakannya menoleh ke arahku . “Eh , kak fia , kak fia datang nak jumpa amir ke ? “ soal amir kelihatan amir sangat teruja tentang kedatanganku .
            “Tak lah ,bukan jumpa , nak kidnape amir sekali .. boleh ? “ soalku . Amir tergelak-gelak “ Mana boleh , nanti Abang Amir taka da bantal peluk malam nanti “ ujar Amir , aku turut tergelak bersamanya .
            Kami berbual-bual tanpa mengendahkan mata memandang sehingga ada seorang budak perempuan menegur amir “ Amir , kakak ni bukan yang nyanyi lagu kat tv tu ke ? “soal budak perempuan itu . Amir menggeleng-gelengkan kepalanya .
            “Hai , nama akak sofia , akak kakak Amir .. “ ujarku budak perempuan yang itu terkejut mendengar perihal itu . Seorang perempuan dalam lingkungan 30an yang ku anggar ibu kepada budak perempuan itu menyapaku
            “Jadi , awak ni isteri Danial lah ? “ tanyanya . Aku terkedu , isteri ? , jauh menyimpang tu . Aku menggeleng-gelengkan kepalaku .
            “ Tak lah , saya cuma kakak angkat dia je .. taka da kaitan langsung dengan encik Danial “ ujarku sambil melemparkan senyuman kepada perempuan itu .
            “ Sorry , akak bukanya apa , selalunya Danial yang ambil Amir ni , jadi pelik pula bila orang lain yang ambil dia , tu yang akak cop sofia ni isteri dia , lagipun kalau betul sofia kahwin mesti worldwide dah tahu kan , terutamanya sofia ni artist popular “ terang wanita itu . Wow , ni yang nak kembang aku ni .
Aku hanya tersenyum menerima pujian wanita itu .
            “ Akak , akak nyanyilah untuk kitaorang , please ..” kini segerombolan pelajar lain mencapai tanganku . “ Ala , sorry korang , bukannya akak tak nak .. cuma nanti takut polis tangkap pula sebab ni kan tempat awam “ terangku .
            “ Ala , kaka please .. bukannya senang nak jumpa artis macam ni .. “ pujuk salah seorang budak perempuan yang sedang memegang tanganku . Selepas hampir 20 minit adegan pujuk-memujuk dan ternyata kelihatan seperti kekalah memihak kepadaku , aku akhirnya mengangguk setuju .


            “ Bestnya akak nyanyi tadi “ puji Amir . Sebelah tanganya memegang ayam drumstick KFC yang baru dibeli olehku sebentar tadi .
            “hihi.. terima kasih-terima kasih .. nak upah .. “ ujarku sambil menadah tangan . Amir meletakkan tulang ayam gorengnya ke tapak tanganku . Aku mula berwajah cemberot dan ini berjaya mengundang tawa amir dan Rahiza .
            “ Serius Fia , siapa budak ini ? “ soal Rahiza untuk kesekian kalinya . Aku menoleh ke arah rahiza sekilas sebelum menyambung suapanku
            “Kan I  kata .. dia adik I  .. “ ujarku . Rahiza seperti tidak percaya . “Oh ..no,no,no.. I tak percaya , setahu I , adik you yang you cari tu nama dia amir kan “ aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
            “ Jadi ? “soalku . “Jadi , this is not your brother .. “ simpul Rahiza . Rahiza menyandarkan badanya sambil tersenyum puas
            “ Unless .. adik , nama adik siapa ? “ soal Rahiza . Amir yang sedang menyuapkan kentang putar itu menalakan pandanganya ke arah rahiza
            “Amir “Rahiza terpana . “ Biar betul .. macam mana you locate adik you ni ? “ soal rahiza
            “I did`nt .. dia adik angkat I “ ujarku ambil menghirup air Miranda strawberryku . Rahiza memandangku “jadi kiranya you coleklah budak ni ? “ soal rahiza . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
            “ Tak..tak .. I dah dapat permission dari abang dia “ aku menidakkan rahiza . Rahiza seperti dapat mengagak reaksiku “ Jadi , you colek adik dia sebab ada maknalah ni ? “ soal rahiza .
            Aku yang sedang menyedut air tersedak-sedak kecil “ Mana adalah .. lagipun amir dengan I macam ada connection .. you tengok muka kitaorang , ada macam iras-iras sikit and favourite dia cara dia .. entahlah , I rasa macam I somehow close dengan dia , cuma tak tahu atas sebab apa … “terangku
            Rahiza mengangguk-anggukkan kepalanya “Yup ! , bila you dah cakap macam ni baru I rasa , memang macam ada iras-iras sikit you alls ni “ ujar Rahiza . Matanya meneliti kedua-dua wajah kami .
            “ Oklah , tak payah nak emo-emo , nak jumpa amir pun sekarang dah susahkan .. apa kata hari ni kita have fun sahaja .. “ ujarku . Kami jalan beriringan menuju ke molly world yang terdapat di dalam gedung aeon itu .


            “ Thanks lagi sekali sebab tolong ambil and jaga amir ni .. “ ujar Danial sejurus selepas melihat kelibatku . Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku
            “ No prob , lagipun I dah anggap amir ni macam adik I dah “ ujarku sambil mengusap-usap kepala amir . Danial hanya tersenyum melihat perilakuku
            “ So , anything , nak tak pergi minum ke apa ke sebelum balik ? “ soal denial . Aku hanya menggelengkan kepalaku .”Its alright , im fine .. okay amir , nanti kita jumpa lagi ek “ ujarku sebelum berlalu keluar ofis denial .
            “ Yo bro ! , itukan artis sofia tu ? apa dia buat kat sini ? kau .. diam-diam ubi berisi ek ? nampak macam tak minat kat perempuan , sekali tu dia , artis bhai “ ujar Saiful . Danial menjeling saiful
            “Banyaklah kau , dia tak minat kat akulah ! , dia datang sebab nak hantar amir ni je .. “ ujar denial . “ Wow , sampai dah main jemput-jemput anak , ni memang dah boleh jadi isteri ni .. “ sakat saiful . Memerah wajah denial menahan malu
            “ Wei , tak adalah sampai macam tu , aku cuma minta tolong dia sekali je , lagipun sebab tadikan kita meeting so memang taka da masa nak ambil amir pun … lagipun dia minat kat amir je , bukan aku .. “ ujar denial
            “Itu impossible .. mana ada seorang perempuan pun yang tak cair tengok kau ? isteri aku kat rumah pun masa first time jumpa kau haritu dah cair .. nasib aku dah nikah dengan dia pagitu kalau tak .. tak pasal-pasal aku terlepas pula .. “ ujar saiful lagi . Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya .
            “ Betul..aku dah ajak dia minum , tapi setiap kali kalau dia hantar amir balik , dia terus balik macam tu je “ ujar denial . Saiful memandang pelik ke arah denial
            “ Tu , sememangnya pelik ! . Tapi kau sendiri sebenarnya dah jatuh cinta dengan dia ke ? “ soal saiful . Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya “ Macam aku cakap , kitaorang sendiri tak pernah jumpa dan borak-borak .. selalunya mesti amir dengan dia sahaja “ keluh denial . Malas betul aku nak layan doctor love ni . Buat kerja lagi bagus . Danial mengeluh .
            “ Dah lah bro , aku nak pergi toilet jap , engok-tengokkan anak aku tu .. “ ujar denial sebelum berlalu ke toilet . Saiful hanya terangguk-angguk . Tiba-tiba suatu idea mula terlakar di mindanya
            “ Amir sini jap .. uncle nak bagitahu sesuatu .. “ Saiful membisikkan sesuatu di telinga amir . Kelihatan seperti mereka berdua sedang khusyuk berbual tentang sesuatu perkara sehingga denial muncul kembali .


            “ Encik Danial , terima kasih sekali lagi kerana memberi sumbungan kepada rumah anak yatim ini.. “ ujar mak mah . Danial melemparkan senyuman kepada mak mah dan terangguk-angguk kecil .
            “ Tak apalah mak mah , ada rezeki sikit eloklah di kongsi bersama kan .. “ ujar denial . Mereka berjalan ke luar rumah sambil berbual-bual kosong . Pandangan denial difokuskan kepada seorang wanita muda yang sedang berkejaran bersama budak-budak di rumah anak yatim itu .
            “ Mak Mah .. itu bukan sofia yang penyanyi tu ke ? “ soal denial . Matanya masih memerhati susuk tubuh wanita itu yang kelihatan begitu lincah mengejar seorang budak lelaki ini . Mak Mah mengangguk-anggukkan kepalanya .
            “ Haah , betullah tu . .” ujar mak mah . Danial memandang pelik ke arah sofia . “ Tapia pa yang dia buat dekat sini mak mah ? “ soal denial kembali .
            “ Dia macam kamu juga .. beri sumbangan .. dan memang dia selalu datang ke sini pada hari minggu .. itu pun kalau dia taka da shooting ke .. apa-apa kerja lah “ terang mak mah . Danial pula sudah terangguk-angguk .
            “ Kesian budak tu .. kecik-kecik lagi dah hilang mak dengan ayah .. lepas seminggu hilang pula adik “ keluh mak mah . Danial memandang pelik ke arah mak mah
            “Apa maksud mak mah ? sofia tu dulu warga rumah anak yatim ini juga ke ?  “ soal denial . Mak mah tersenyum ke arah denial . “ Haah , walaupun dia sekarang dah besar .. dah bukan bawah tanggungan mak mah , dia tetap datang sini , bagi bantuan apa yang patut.. dan berharap dapat bertemu kembali adiknya “ terang mak mah lagi .
            “Adik?” mak mah menganggukkan kepalanya . “Adik dia , kalau tak silap namanya amir .. Sofia sayang sangat adik dia ..sebab adik dia satu-satunya waris terdekat dia . Tapi kami di sini memenag tak dapat nak bantu sofia langsung memandangkan amir terus lenyap selepas 2 tahun meninggalkan rumah ini “ keluh mak mah . Danial kembali melakan pandanganya ke arah sofia sambil mengangguk-anggukkan kepalanya .


            Aku memandang sekelilingku sambil meneguk air mineralku . Tiba-tiba , aku rasa seperti sedang diperhati . Mataku ditalakan ke arah seorang lelaki yang duduk di sebelah mak mah . Danial ! , apa dia buat kat sini ?
            “ Mak mah “ aku menyapa mak mah dan menundukkan wajahku ke arah denial . Betul ke ni denial ? . Mak mah mengangguk-anggukkan kepalanya .
            “ Bila fia sampai ? mak mah tak perasan tadi ? oh ye .. ni encik denial , dia salah seorang penderma di rumah anak yatim ini “ aku melemparkan senyuman ke arah denial . Danial tidak menyambut senyumanku malah dia memandang pelik ke arah ku . Apasal mamat ni ? .
            “ Korang boraklah dulu ye .. mak mah nak masuk tengok budak-budak tu jap “ ujar mak mah sambil berlalu masuk ke dalam rumah .
            “ Sofia , lepas ni boleh tak kalau I bawa you pergi suatu tempat ? “ soal denial . Aku memandang pelik ke arah denial dan melabuhkan punggungku di kerusi bersebelahanya .
            “ Pergi mana ? lagipun saya rasa dah lambat sangatlah encik denial .. sekarang pun dah pukul 6 kan “ ujarku .
            “ Please .. this is related to your little brother “ rayu denial . Aku terkedu , macam mana dia tahu pasal adik aku ? .  Aku mengangguk laju dan Danial melemparkan senyumanya ke arahku sebelum berlalu meninggalkan aku keseorangan .


            “ Sebenarnya adik I , amir .. sebenarnya .. adik angkat I “ aku terkedu mendengar bicara denial . “Parents I ambil dia dari rumah anak yatim mak mah 6 tahun lalu .. masa tu dia baru 3 tahun , bila I dengar cerita you dari mak mah tadi .. I rasa you kakak kandung amir ..” denial meneruskan bicaranya .
            Ketika itu aku serasa seperti ingin menjerit . Rupa-rupanya amir ialah amir adikku . “ Betul ke apa yang encik denial cakap ni ? kalau macam tu kenapa keluarga encik tak munculkan diri masa kami mencari keluarga encik ? “ soalku . Aku mula ragu-ragu mendengar bicara denial .
            Danial mengeluh . “ Sebenarnya , lepas family I ambil amir , syarikat ayah I semakin maju jadi kami telah berpindah . Ayah I pun dah dapat gelaran dato waktu tu jadi nama pun dah berubahkan . Kira semuanya berubah sejak kemunculan amir dalam keluarga kami .” ujar denial lagi
            “ Tapi sayang.. semua kegembiraan tu cuma kekal selama 1 tahun , tahun berikutnya parents I pergi bertemu ilahi dan waktu tu I sendiri dah jadi anak yatim … I minta maaf , bukannya I tak terfikir nak pulangkan balik amir dekat rumah anak yatim tu cuma I rasa takut waktu tu … amir adalah satu-satunya keluarga yang I ada .. mungkin bagi you I pentingkan diri sendiri jadi minta maaf sangat ! “ ujar denial . Aku hanya membisu mendengar bicaranya .
            “ Tapi macam yang you tengok sekarang … I sangat-sangat sayangkan amir dan I tak sanggup kehilangan dia .. “ denial menundukkan wajahnya .
            “Memang sejujurnya I rasa macam nak maki hamun you je sekarang encik denial … tapi bila memikirkan I pun pernah alami apa yang you pernah alami .. dan seperti you , I juga tidak mahu kehilangan amir “ ujarku pula . Danial mengangkat wajahnya dan memandangku .
            “ Tapi , I nak mengucapkan terima kasih sangat-sangat sebab you sanggup mengaku kepada I dan sebab you jaga amir macam adik sebenar you .. “ ujarku sambil tersenyum ke arah denial .
            “ Boleh tak kalau I nak jumpa amir ? “ soalku . Danial menganggukkan kepalanya dan kami berdua menuju ke kereta masing-masing untuk menuju ke rumah denial .


            “ Abang bawa kakak sofia balik hari ni ? “ soal amir ketika kami bertemu di hadapan muka pintu rumah denial . Aku tidak dapat menahan tangisanku lalu aku menangis semahu-mahunya sambil memeluk amir .
            Amir memandang pelik ke arah denial “Kenapa akak menangis ? .. abang yang buat akak nangis ye ? “ soal amir sambil memandang denial .air mata denial juga turut menitik tatkala aku mencium kepala amir . Amir hanya memandang pelik ke arah kami berdua .
            “ Amir , ingat tak dulu abang ada cakap yang amir ada kakak ? “ soal danial . amir mengangguk-anggukkan kepalanya . “ Sebenarnya , sofia ni … kakak sebenar amir “Amir memandangku untuk meminta penjelasan . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
            Aku mengeluarkan sekeping foto yang memang akan ku bawa ke mana-mana lalu menghulurkannya kepada amir . “ Amir , ni ayah amir .. nama dia Baharuddin .. ni pula mak amir , Nora “ ujarku sambil mengesat airmataku .
            “ Ni akak .. dan ini amir .. “ jari telunjukku ditala ke arah seorang bayi yang sedang dikendong oleh seorang wanita . “ Betul ke apa yang kakak cakap ni ? maksudnya amir ni betul-betul adik akak lah ? “ soalnya lagi . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku . Kami bertiga berbual-bual dan sedar tidak sedar , malam sudah menjelma


            Aku merengangkan tubuku . Eh , kat mana aku ni ? , bau apa ni ? wanginya ! . Aku bangun dari katil asing itu dan berlalu untuk mengikuti jejak bau yang harum itu . “ Hai .. you dah bangun ? jom .. I dah buat breakfast dah “ ujar danial . Aku terkebil-kebil memandangnya . Eh , cammana danial ada kat sini ? . Aku menghantukkan kepalaku ke dinding .
            “ Tak yah lah you nak test power kepala you tu .. tak ingat ye ? semalam lepas jejak kasih kan you pergi tidur kan amir sebelum you kata nak balikkan .. tapi in the end bukan amir yang tidur .. you pula .. so I rasa kesian nak biarkan you pun balik malam-malam macam tu so , I biarkan you tidur kat atas katil I semalam .. “ ujar danial .
            Aku mengangguk-anggukkan kepalaku “Morning kak ! “ amir memelukku dari belakang . Aku melemparkan senyumanku ke arah amir . “ Morning mir ! “
            “ Hari ni I hantar amir boleh ? “ soalku . Kelihatan danial terangguk-angguk kecil sebelum menyambung suapanya . “ Boleh , tapi nanti I pula yang ambil dia balik ye .. “ kini giliranku pula untuk mengangguk-anggukkan kepalaku .


            Kini sudah hampir 3 tahun lebih aku dan danial menjalankan rutin harian kami bersama . “ Amir .. minggu ni amir tidur rumah kakak 2 hari .. malam ni dengan malam rabu okay ? “ soalku . Amir mengangguk malas .
            Danial menyapa kami tatkala aku dan amir menuju ke arah kru-kru produksi . Kini , aku bukan sahaja setakat penyanyi , malah aku juga kini telah menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen ini . Aku melemparkan senyuman ke arah danial . Hari ini danial kelihatan segak almaklumlah dialah orang yang bakal ku temubual sebentar nanti .
            “ Hari ni amir tidur rumah abang ye ? “ soal danial sambil mengusap rambut amir . Aku menjengkilkan mataku “ Mana boleh ! , tadi amir dah janji dengan saya dia nak tidur rumah saya malam ni ! “ bentakku .
            “ Mana aci ! minggu lepas dia dah tidur rumah awak hari isnin ! , so hari ni giliran saya pula ! “ ujar Danial . Amir memegang kepalanya dan menjerit sekuat hati .
 “ Dah,dah ! susahlah macam ni , abang dengan kakak dua-dua pentingkan diri sendiri ! , tau tak amir ni dah penat tau nak layan kerenah kakak  dengan abang ! dah 3 tahun amir duk pindah-pindah setiap hari ! . Tak kesian ke kat amir ? dahlah tahun ni amir nak ambik UPSR .. kalau amir fail nanti siapa susah ? … kalau dah susah-susah sangat kakak dengan kahwin je lah ! duk rumah sama-sama .. taka da gaduh-gaduh ! Amir pun tak payah pindah-pindah setiap hari .. “ bentak amir . Kami bertiga mengeluh .
“ Okay , guys .. can we start now ? “ soal tuan produser . Aku dan danial mengangguk serentak . “ Okay .. conversation kita continue lepas ni “ ujarku sebelum mengambil tempat di salah sebuah kerusi .


“ Hai danial .. long time no see “ ujar seorang gadis . Aku meneliti figure gadis itu . Humm , not bad , figure ada nampak ala-ala model , muka pun boleh tahan , baju ? tak pe itu bisa di-adjust-in . Lagipun danial kan kaya , lepas ni boleh lah melabur kat perempuan ni . Aku menghirup fresh orenku . Perempuan itu seakan-akan menjelingku . Aku menjelingnya kembali . Apa ? macam kau seorang je yang boleh jelling .
Perempuan itu mula menarik kerusi bersebelahan dania . Danial kelihatan rimas tetapi masih tersenyum ke arah perempuan itu “ Oh mia ! , ingatkan siapa tadi ..” ujar danial kembali . Perempuan itu tersenyum manja ke arah Danial . Tanganya pula mula melingkar di bahu danial . Aku terbatuk-batuk kecil manakala amir mula menjeling perilaku wanita itu .
“ Sorry , tapi I tak selesalah bila you buat macam ni ? malu I depan wife I ni “ terang danial . Matanya mula melirik ke arahku . Aku pula memberikan danial senyuman yang bagiku cukup manis sekali tika ini . Oh , pandai ye , dulu amir je jadi `anak` dia , sekarang dengan aku-aku sekali dia masukkan dalam koleksi rumah pondoknya .
 Gadis yang menurut danial sebagai `mia` itu membuntingkan matanya . Anak ? dia tak pernah cakap pun yang dia dah kahwin . Mia menarik semula tanganya “ Sorrylah makcik , ayah saya memang macam tu , dia tak suka perkenalkan kami dengan kawan-kawan dia . Almaklumlah , mak saya ni kan artist , nanti kontroversi pula “ kini giliran amir pula memainkan peranannya . Aku seperti ingin tergelak guling-guling tatkala mendengar bicara amir namun ku tahan agar lakonan kami menjadi .
Mia mengalihkan pandanganya ke arah ku “ So..sofia ?! “ tergagap-gagap mia menyebut namaku . Ok , sekarang memang aku betul-betul rasa macam nak tergelak
“ Iya saya , cik mia  kan ? awak ni model dalam klip video saya haritukan ? “ Mia mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum memegang kepalanya
“ Eh , saya minta maaf kacau family cik..eh , pn.. sofia makan , saya..minta diri dulu lah ye .. “ tergagap-gagap sofia menuturkan bicaranya . Selepas sofia berlalu , aku , danial dan amir menghamburkan tawa kami sehingga ditegur oleh pemilik restoran kerana telah menggangu pelanggan lain
“ Tapikan , amir harap sangat kalau sketsa tadi betul-betul berlaku “ keluh amir . Aku memandang wajahnya . “ Abang tak kisah amir , kalau nak suruh abang kahwin dengan kakak amir sekarang pun abang sanggup “ aku pula berpaling ke arah danial .Danial melemparkan senyuman manis ke arahku . Aku terkedu
“Betul ke bang ? , betul ke abang nak kahwin dengan kakak ? “soal amir . Danial mengangguk-anggukkan kepalanya . Aku melemparkan senyuman kepada mereka berdua .
“Ingatkan awak tak pernah nak tanya “ ujarku dan mengangguk laju .


“ Awak sofia , penyanyi yang datang jemput amir haritu kan ? “ soal seorang wanita dalam umur 30an . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku dan melemparkan senyuman ke arahnya .
“ Sayang , abang ada good news ! . Ada syarikat dari Beijing nak biayai projek abang ! “ Danial berlari mendapatkanku . Wanita itu memandang kami berdua
“ Sayang ? , kirannya awak berdua dah kahwin lah ye “ soal wanita itu lagi . aku dan Danial mengangguk-anggukkan kepala kami serentak .
“ Baik isteri Danial ni , tolong ambilkan adik danial dari sekolah sekali “ ujar wanita itu lagi . Aku dan danial berpandangan sesame kami .
“ Tak lah mak cik , amir tu memang adik kandung isteri saya “ ujar danial . Wanita itu memandang danial . “ Laa , haritu kata adik danial ? “ soal wanita itu lagi .
Kami meninggalkan wanita itu yang masih memikirkan hubungan kami tatkala melihat kelibat amir meluru ke arah kami .
Malam menjelma dan kami bertiga duduk bersantai di kerusi yang terletak berhadapan kolam renang rumah kami . “ Kakak , abang , amir dapat tawaran masuk asramah penuh “ ujar amir .
Aku dan danial memandang satu sama lain “ Ala , sunyilah rumah ni kalau amir taka da nanti “ ujarku . Amir memandang pelik ke arahku .
“ Sunyi apanya , tu , dua hero dalam perut kakak tu kan ada .. tak sunyi dah “ ujar amir . Aku dan danial tergelak mendengar bicara amir
“Ala , amir merajuk ye sebab takut nanti kitaorang dah tak sayang amir ?” danial menyekeh kepala amir . Amir menarik muncung sedepa
“ Tak marah lah , buat apa nak marah .. lagipun diorang tak ada apa yang amir ada .. “ aku memandang amir . “ Apa dia ? “ soalku .
“ Amir ada .. 2 ayah..2 mama .. dan seorang kakak dan abang yang telah berjaya menggantikan tempat ibu bapa amir , malah amir langsung tak rasa pun macam amir tak pernah ada ibu dengan ayah “ ujar amir sebelum memeluk bahuku dan danial .  
Aku dan Danial mencium pipi Amir “ Abang pun nak ucap terima kasih juga kat mir ni ..” ujar danial . Amir menayangkan double-jerknya . “ Sebab apa ? “ Danial tersenyum memandang aku dan Amir .
“ Sebab teman abang tatkala abang kehilangan ibu bapa abang dan..sebab amir jadi cupid antara .. abang dengan kakak .. “ ujar danial sebelum menggeletek amir .
Aku tertawa melihat mereka berdua yang kemudiannya berlari mengelilingi kolam renang . Aku kemudiannya memandang langit sambil mengusap perutku yang kini sudah 7 bulan .

0 comments: