STUPID CUPID

4:30 AM Unknown 0 Comments


       “ Puteri itu pun pergi mendapatkan putera hatinya dan mereka berdua terbang bersama dan hidup bahagia selamanya “ encik miraz dan kru-kru yang lain berpandangan sesama mereka sebelum menepuk tangan . Aku menyilang kakiku kebelakang dan menundukkan kepalaku .
       “ Syabas puteri , syabas .. baik , kita proceed dengan idea puteri , puteri , serahkan storyboard tu dekat aiman , and aiman , report tu me kalau ada masalah regarding the animation .. okay , that is all for now thank you for all of your corperation ..” ujar encik miraz sebelum berlalu meningalkan kami.
       “ you were great puteri , your idea was fabuolas , I macam tak percaya yang you dah 26 , your idea makes you look younger “ aku mengeluh
       “ I know , kalau lah my idea ni synonym dengan my age , that would be so good “ chris menepuk belakang ku .
       “ Still worried about the talk you had with your mum “ aku mengangguk  “of course I am , walaupun dia tak force I untuk kawin but still its deep man “
       “ youll find your honey bee soon okay .. trust me “ chris mengelipkan sebelah matanya ke arahku . aku hanya tunduk mengeluh memandangnya berlalu mendapatkan kru-kru yang lain .


       “ along , aku dengar kau dah clash dengan fira “ faiz hanya menganggukkan kepalanya sebelum melepaskan keluhan yang berat .
       “ haah, aku nampak angah dengan fira macam mesra sangat , fira pun dah bagitau yang dia dah jatuh hati kat angah , angah pun macam tu “ faizal menjeing faiz .
       “ along , apa yang along merepek ni , angah tu , semua skandal along dia nak ambik , sampai bila long , alang tengok along ni , dah macam tak de life dah , sorang-sorang perempuan yang along bawak balik angah tibai , sampai bila long ? “ soal faizal . sekali lagi faiz mengeluh
       “ entahlah lang , tengok je lah , along tengah tunggu perempuan yang betul-betul sukakan along dan setia dengan along . Kadang-kadang bagus juga tindakan angah tu , at least along tau lah yang mana satu betul , yang mana satu palsu .. kan ? “ faizal menganggukkan kepalanya .
       “abang long , abang lang .. ibu ajak makan “ faiz dan faizal serentak tersenyum memandang faris yang sedang datang kea rah mereka . faiz meluru kea rah faris dan mengendong badan kecilnnya ke dapur .
      

       “ abang long , terima kasih ye sebab tolong angah dapatkan fira , dan , angah mintak maaf sebab terjatuh cinta dengan dia “ faiz hanya tersenyum kecil memandang bubur yang ada di hadapannya
       “ terjatuh cinta , angah sedar tak yang along dah sukakan si fira tu sejak dia masih kat sekolah , hello angah , fira tu pun bukannya jauh pun sebelah rumah kita je , apa orang kata .. childhood friends kita , macam mana baru sekarang baru nak tersedar “ dengus faizal
       “ lagipun cinta angah tu murah sangat … tunggulah , minggu depan alang dengar angah dah dengan orang lain dah “ sambung faizal lagi . faiz dan ahli keluarga yang lain hanya memerhati pertelingkahan mereka berdua .
       “ tak , dengan fira ni lain , angah betul-betul suka dia , dan kitaorang pun dah bercadang dah . Ibu .. ayah.. boleh tak ibu dengan ayah masuk meminangkan dia untuk angah “ seluruh ahli keluarga yang lain terdiam seketika
       “ betul ke angah nak kahwin dengan fira ni “ soal puan rozita . fikri mengangguk-anggukkan kepalanya
       “ lagipun along tak kisah kan ? “ faiz hanya terangguk-angguk sambil diam menikus memandang ahli keluarganya yang lain sedang rancak mengaturkan majlis risik merangkap pertunangan adiknya , fikri .


       “ along , walaupun along kata along tak kisah angah kawin dengan kak fira , tapi alang tau yang along sebenarnya kisah kan ? along masih cintakan kak fira kan sebenarnya ? “ faiz mendengus . matanya ditalakan kea rah kepulan awan sambil menutup mata dan menghirup udara malam .
       “ kalau suka pun , orang tu dah tak sukakan kita balik nak buat macam mana kan ..” dengus faiz untuk kesekian kalinya ,
        “ sebab tu kita kena ada plan .. “ faizal berjalan ulang alik . dahinya berkerut seribu memikirkan idea yang sesuai .
       “ okay , alang dah dapat dah ! “ faiz memandang pelik kea rah adiknya . “ Dapat apa ? “ . Faizal hanya membalas renungan abangnya dengan segaris senyuman .


       “ kakak , kakak ada  tak kawan-kawan yang nama faiz ? “ aku memandang pelik kea rah ibuku
       “ faiz ? dekat kerja ke ma ? takdelah .. rasanya ..kenapa ? kawan anak mama ke ? “ soalku kembali . Puan zai dan suaminya serentak menggeleng-gelenggkan kepala mereka .
       “ tak , tadi ada orang tanya kalau ada anak nama puteri , dia nak pinangkan tuk anaknya .. nama dia faiz roslan… kalau tak silap ayah lah nama dia “ aku memandang pelik kea rah ayah dan ibuku .
       “ kak , nama tu cam familiar kan ? “ soal adikku , zulaikha yang sedang menjilat sudu aiskrimnya . Aku menganggukkan kepalaku
       “ chop , kalau ika pun rasa familiar … maksudnya dia dari .. “ ayat ku disambung oleh zulaikha “ sekolah .. “


       “ Terima , terima , yes , yes ,yes , kau kan crush dekat dia dulu , kalau tak silap aku 6 tahun jugak kan ? “ Hannah melompat kegembiraan .
       Aku hanya tersenyum memandang rakan karibku yang sedang gembira menikmati baskin robbin di hadapannya “ kau cakap senang beb , aku memang ada crush dekat dia tapi tu dulu , sekarang .. masing-masing dah besar wei , dan macam mana dia tahu rumah aku , ayah aku semua , aku tak rasa dia jenis yang nak ambik tahu pasal aku “ Hannah mengangguk-nganggukkan kepalanya .
       “ part tu pun .. misteri juga , tapi bak kata orang tua-tua , jodoh jangan ditolak , lagipun kau dah 26 .. kerja dah ada , kereta dah ada , rumah pun dah ada , apa lagi kau tunggu “ aku hanya mengeluh memandang Hannah di hadapanku . aku mengalihkan pandanganku kea rah pasangan suami isteri yang sedang menyuap anak mereka makan ais krim .
       “ lagipun dulu kita bertiga kan kawan baik , cuma tulah , bila kita bertiga berpisah lepas pmr tu .. tapi , jauh mana pun manusia ni boleh berubah kan ? “ soal Hannah lagi . aku hanya mengangguk-nganggukkan kepalaku .


       “ eh fikri , kenapa kau datang sini ? “ soal Hannah . pelik memandang fikri yang tiba segak memakai baju melayunnya .
       “ laa , kenapa tak boleh pula , majlis pertunangan along aku , tapi tak sangka kan , dia nak kawin dengan kawan baik aku sendiri . Bila fikirkan balik , macam mana dia kenal puteri ye ? “ soal fikri sambil berlalu meninggalkan Hannah .
       “ oh no , jangan cakap yang pengantin lelakinya salah “ Hannah menekup mulutnya sambil berlari menuju ke bilikku


       “ puteri , kau nak kahwin dengan faiz ke ? “ soal Hannah . aku mengangguk-anggukkan kepalaku . “ iyalah , faiz roslan kan .. “ ujarku . Hannah menggeleng-gelengkan kepalanya
       “ puteri , bukan fikri faiz roslan .. tapi fahmy faiz roslan “ aku baru sahaja ingin menyoal Hannah lebih lanjut tetapi sudah terlambat . ibu kepada faiz roslan sudah ada di hadapanku dan bersedia untuk menyarungkan cincin pertunangan kami . dan sebaik sahaja cincin disarung . pandanganku kabur dan akhirnya aku pitam di hadapan ibu bapaku , Hannah , dan seluruh kaum kerabatku dan fikri faiz roslan .


       “ Now what , aku dah bertunang dengan dia .. sekarang macam mana , aku dah tak tahan dah , perempuan ni asyik-asyik call aku , mintak penjelasan macam mana dia dengan aku kenal , ish , kalau dah tak kenal dengan bakal suami tu kenapa menggatal nak terima gak ! “ bentak faiz . faizal hanya tersenyum kea rah faiz .
       “ along , along , dia ingat along tu angah la tu .. sebab tu dia terima pinangan along . alang dah agak dah kak puteri macam tu .. careless .. “
       “ okay , apa-apa je lah so sekarang macam mana ni , dia kata nak jumpa semua nak kenal hati budi masing-masing lah kiranya sebelum kahwin lah , apalah , like seriously , along kena kahwin dengan minah itik ni ke ? alang she’s so talkative , cammana nak hidup dengan orang yang se talkative dia .. I mean seriously ?? “        faizal hanya menjeling kea rah abangnya
       “ no ! , sabar , sekejap je , tak payah kahwin pun dengan dia , tunggu sampai plan kita berjaya , lepas tu abang dump je dia ..okay “ faiz mengangguk-anggukkan kepalannya .
       “ about plan nak kenal hati budi masing-masing tu , okay , ajak dia ikut kita satu family pergi legoland tu ..angah pun nak bawak kak fira sekali kan . so that time along mesrala dengan dia , biar angah cemburu and he will try to get back his girl . waktu tu baru along amik fira balik . okay ? “ faiz hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya
       “ make sure your plan work bro , because I don’t want to marry with some talkative duck ! “ faizal hanya tersenyum” trust me , it will !”


       “ okay , so kita nak naik mana dulu ni ? “ soal faiz . “ jom try naik roller coster tu dulu “ ujar fikri .fira tiba-tiba menggeleng-geleng kepalanya
       “ oh no , oh no , im afraid of heights , lagipun baby , macam mana I nak naik benda tu with this heels “ fikri hanya memandang fira
       “ kan I dah kata yang kita pergi legoland , yang you pakai heels tu kenapa ? “ soal fikri , cuba meredakan kemarahannya .
       aku hanya memerhati gelagat mereka dan menuruti mereka kea rah permainan bot . “ yang ni , I rasa I boleh main , sebab air tak boleh damage my carlorino shoes “ kami hanya menurut kerenah fira dan masing-masing beratur untuk menaiki bot
       “ abang long , adik nak naik tu “ rengek faris sambil menunjuk-nunjuk kea rah suatu permainan . Aku mengendong faris yang berusia 5 tahun itu .
       “ faris nak main tu ? okay , jom akak puteri bawakkan .. korang , mainlah dulu , puteri nak temankan faris main dekat tunnel game tu jap “ ujarku .       
       “ korang mainlah ye , along nak pergi temankan tunang along ni jap “ perkataan tunang itu sengaja disebut kuat sedikit .
       “ faizal pun nak ikut , macam best je tunnel game tu “ dan akhirnya , tinggallah fira dan fikri sahaja yang beratur untuk permainan bot itu .


       “ okay , so , berapa orang nak main ni ? “ soal pekerja legoland itu . aku membuat signal dua kea rah pekerja kedai itu
       “ akak pun nak main sekali ? itu permainan budak-budaklah kak , main tembak-tembak la “ aku hanya tersenyum memandang faris .
       “ Tak pelah , akak pun muda lagi tau “ ujar ku . faris menjelir lidahnya kea rah ku “ tak akak dah tua laa “ aku menyekeh kepalanya
       “ okay , faris kata akak tua , tak pe tak pe , kita tengok nanti siapa yang menang nanti .. “ aku dan faris mengambil tempat di salah satu kenderaan permainan itu sebelum faiz dan faizal juga mengambil tempat di kenderaan belakang kami
       “ faris tu , tu , tembak tu .. “ ujar ku , aku menempak setiap satu `hantu` yang terdapat di dalam permainan itu sambil tergelak-gelak melihat telatah faris menembak hantu itu .
      

       “ okay , lepas ni faris nak pergi mana pula ? “ soalku selepas keluar dari permainan itu . “humm .. faris nak main roller coaster tu .. boleh  ? “ aku hanya mengangguk kan kepalaku .
       “ takpe ke ? awak tak takut mual ke gayat ke ? “ soal faiz . aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku .
       “ tak lah , saya dah biasa lah naik benda-benda macam tu , lagipun teringin juga saya nak naik permainan yang ada cartoon yang saya reka “ ujar ku .
       “ apa ? akak yang buat kartoon tu ? “ aku menganggukkan kepalaku kea rah faizal . “ kira akak kerja dengan tis studio lah ? “ sekali lagi aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
       “ wow , adik selalu tengok cerita tu kat tv , tapi sebab nak pergi legoland ni , adik tak dapat tengok episod hari ni “ faris membuat muka sedih . Aku tersenyum melihat gelagatnya .
       “ episod hari ni pasal …. “ aku menceritakan tentang kartoon itu kepada faris sambil bergelak ketawa . tanpa ku sedari ada beberapa mata yang sedang memandang kea rah kami .


       “ hai , termenung jauh nampak “ faiz melabuhkan punggungnya di sebelahku dan menyuakan secawan hot milo kea rah ku . aku tersenyum segaris ke arahnya
       “ tak de lah , dekat je , tak ke mana pun menung tu “ balas ku . faiz tersenyum kea rah ku
       “ iya ke ? entah-entah awak dah sampai ke bulan sana tu .. jumpa dengan buah hati sebelum bertunang dengan saya dulu .. tu yang jauh sangat menung tu “ faiz memuncungkan bibirnya gaya merajuk . aku hanya tersenyum melihat telatahnya .
       “ tak adalah awak , saya tak pernah ada buah hatilah sebelum ni “ ujarku . mataku memandang seraut wajah di sebelah ku . wow , buat pertama kalinnya aku terpaku melihat seorang lelaki .
       “ ya ke ni ? macam tak percaya je ? “ soal faiz lagi . kening kanannya sengaja dijongketkan . aku membuang pandanganku kea rah kolam renang di hadapanku .
       “ yup , always single , but not available “ aku bermain dengan hujung tudungku . faiz memandang pelik ke arahku
       “ la kenapa tak available pula ? “ aku hanya tersenyum nipis .
       “ sebab saya takut saya terjebak dengan cinta monyet . walaupun saya tak pernah alami sebelum ni , saya tetap takut sebab saya tengok ramai kawan-kawan saya menangis .. even ada yang cuba nak bunuh diri lepas clash . saya tak berani nak hadapi sebab saya jenis yang kalau saya dah sayang . saya betul-betul sayang dekat orang tu “ panjang keterangan yang aku berikan kepada faiz . aik , kenapa langsung tak ada respon . aku mengalihkan pandanganku ke sebelah dan terpaku melihat faiz memandangku tepat .
       aku menelan air liurku . “ okay , so awak , saya naik dululah , letihlah nak tidur , awak pun janganlah lama-lama sangat , takut nanti ada `benda` ikut awak balik nanti , almaklumlah kawasan baru “ ujarku .
       faiz tergelak mendengar tingkahku “lawak juga awak ni ye ? okay , nite nite , mimpikan saya ye .. “ ujarnya sebelum pandanganya menghantarku pergi sehingga aku selamat tiba di lobi hotel .


       “ bro , I saw that “ faiz memandang adiknya , faizal dengan pandangan pelik . “ what did you saw “ faizal tersenyum kea rah faiz
       “ you are falling in love with her .. kan ?? “ faiz mengangkat kedua-dua belah bahunya . faizal ketawa .
       “ kau tak boleh tipu akulah , aku kan alang , semua rahsia kat dalam rumah tu dalam poket aku tau . haha , eloklah tu , at least she’s better then fira “ujar faizal . “ what do you mean she’s better than fira ? “ faiz menayangkan double jerknya ke arah faizal.
       “ iyalah , come on bro , kau cuba tengok tadi , boleh pula pakai heels pergi legoland . kalau tak bodoh kita panggil apa bro ? and what a pussy .. naik roller coaster tak boleh , takut tinggi , naik marry-go-round pon tak boleh , kata malu .. tengok kak puteri , campak lah dia kat mana-mana tadi , pergi je , mana kisah orang tengok kea pa .. just have fun .. baru betul long ..” faiz hanya ketawa mendengar penerangan lebar faizal
       “ okay , sah , kau dah anggau dengan kak puteri , kalau dulu aku kutuk sikit je kak fira kau dah melenting .. sekarang boleh gelakkan dia..wow , tabiklah kak puteri , boleh buat along macam ni “ sengih faizal. Faiz hanya tersenyum
       “entahlah alang , kita plan lain , benda lain pula yang jadi .. “ faiz mengusutkan rambutnya . faizal meniarap sambil menongkat dagunnya di atas katilnya .
       “ itulah namanya jodoh along . Allah tu maha kuasa , lama kau minat kat seseorang , tup-tup kau end up dengan orang lain pula “ faiz menekup mukanya dengan bantal
       “ dah-dah nite faiz , mimpi orang bilik sebelah kita tu “ sengih faizal sebelum menarik selimutnya ke dada


       “ girl I saw that “ puteri mengalihkan pandanganya ke arah fira .
       “saw what “ puteri menyikat rambutnya sambil tersenyum kea rah fira .
       “ I saw what you guys did by the pool after dinner just now “ ujar fira dengan muka berlagaknya .
       puteri hanya mengangguk-anggukkna kepalanya kea rah fira . fira mendengus “ listen , sebelum you bertunang dengan faiz , I bekas girlfriend dia tau , so kalau dalam masa terdekat ni dia datang balik dekat I you jangan menangis ye “ fira tersengih memandangku
       “ try your luck , lagipun bukan you dah bertunang dengan adik dia ke fikri , what ? you plan nak marry both of them ke ? or I yang tak tau hokum agama sekarang ada clause yang kata perempuan boleh kawin lebih dari satu “
       fira menjelingku “ walaupun I dah bertunang dengan fikri , I masih sayangkan faiz tau , and don’t be surprise kalau I confess dekat dia , dia akan terima I balik “ aku hanya tersenyum kea rah fira
       “kalau tu je yang you rasa boleh membahagiakan you , buatlah fira .. I don’t care “ ujarku sebelum menarik selimut menutupi kepalaku .       
       fira mendengus kecil sebelum tertidur


       “ okay , semua barang dah masuk dalam kereta kan .. ups , nanti sat ye , ayah nak pergi tandas jap “ ujar encik roslan sambil memegang perutnya .
       dari tadi aku lihat fira semakin menggedik apabila terlihat faiz . walaupun ditegur oleh faizal , dia tetap melakukan perlakuan yang sama . fikri pula hanya senyap menikus .
       aku yang ditingglakan keseorangan di lobby ini mencapai iphone 5 ku dan mulakan misi ku sebagai photographer tak bertauliah .
       sedang aku sibuk ber`selfie` seorang diri . tiba-tiba ada seorang makhluk allah duduk di sebelahku dan cuba untuk mendapatkan tempat di dalam kamera kecilku .
       “ wei , kau selfie sorang-sorang .. tak ajak “ fikri menarik muncungnya . aku hanya menjelingnya .
       “ manalah orang nak tahu boss besar syarikat perkapalan ni nak selfie sama . ingat dah tak ingat dah dekat aku ni .. kata je best friend “ kini giliranku pula yang menarik muncungku .
       fikri tertawa melihat telatahku “ bukan tak ingat , cuma buzy sikit je , tu yang tak dapat contect korang . Hannah macam mana ? sihat ? “
       aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku “so , fira ye ? cun , jiran kau kan ? “ fikri hanya mengangguk-anggukkan kepalanya .
       “so , kau macam mana pula ? abang aku .. macam mana kau kenal dia ? “ aku hanya tersenyum ke arahnya
       “entahlah macam mana aku boleh kenal dengan dia .. “ aku tersenyum sendiri sebelum meninggalkan fikri seorang apabila faris memanggilku ke arahnya


       “ okay , fira .. ready … 1..2..3.. okay nice shot ! “ cameramen aka mak jaja menayangkan thumbs up kea rah fira . fira mengeluh kecil sebelum menjerit apabila terpandang kelibat faiz
       “ faiz you datang sini sebab nak jumpa I kan ? “ soal fira . fai z hanya menggeleng-gelengkan kepalannya . “ nope .. I ada appointment dengan klient … umm .. fira , I got to go … bye “ belum sempat faiz berlalu pergi fira telah memanggilnya
       “ walau lambat sekalipun you , takkan tak dapat nak teman I lunch “ fira membuat muka sedih seakan-akan ingin menangis . faiz mengeluh kecil sebelum menurut fira kea rah restoral melani .


       “ assalamualaikum encik fikri , ada apa yang encik mahu bualkan ? “ soalku . fikri yang sedang menghadap menu memandangku seketika sebelum memberi signal menyuruhku duduk di kerusi bertentangan dengannya
       “ duduk lah dulu , tak ke mananya kerja kau tu , kalau kau kena pecat nanti kerja under aku , tu pun boleh “ aku menjeling fikri .
       “ banyaklah kau , bukannya apa , aku kan tunangan orang , apa kata orang lak kalau dia nampak kita berdua nanti “ fikri hanya tersenyum nipis
       “kau pun bertunang dengan abang aku kan .. releks laa , lagipun korang pun belum kahwin lagi “ aku menjengkilkan mataku ke arahnya
       fikri hanya menghadiahkan ku suatu senyuman “ sebenarnya put .. aku nak tanya kau .. kau betul-betul cintakan abang aku ? “ aku hampir tersedak mendengar soalan fikri
       “ apa maksud kau ? “ fikri mengeluh kecil “sebenarnya … aku rasa .. aku dah jatuh cinta dengan kau .. lagi sekali .. “ aku melopong mendengar bicara fikri
       “ wait.. lagi sekali ? meaning kau pernah suka aku la sebelum ni ? “ fikri menganggukkan kepalannya
       “ bro , ni kerja gila wei , no .. aku dah bertunang wei , dengan abang kau lagi “ geleng ku . “ look , ive got to go .. please .. kalau kau betul-betul pun suka kat aku .. fikirkan perasaan abang kau tu .. aku dengar kau juga yang rampas fira dulu kan ? aku tak sanggup nak tengok abang kau kecewa “ fikri hanya menundukkan wajahnya
       aku berdiri dan berpaling ke belakang “ puteri ? apa awak buat dekat sini ? “ faiz menyoalku sebelum matanya ditalakan kea rah fikri di belakangku
       “ dia lunch dengan aku bro .. takkan tak boleh kot “ ujar fikri . “sorry tak bagitau awak tadi , sebab saya ingat sekejap je .. tak pelah saya pun dah habis lunch tadi .. saya naik office dululah .. “ aku ingin berlalu sebelum faiz menahanku
       “ awak makan apa ? oren juice ? jom , makan dengan saya “ aku menggelengkan kepalaku . “ tak pe lah wak , kesian date awak , dia menunggu tu nak makan dengan awak “ aku mengarahkan jari telunjukku kea rah fira yang berada di belakang faiz
       “taklah , tadi saya kesian dekat dia sebab dia tak ada peneman untuk lunch , tapi sebab tunang dia pun ada kat sini , so , fira , I guess you already gotten your date…. tak pe lah .. bye korang and have fun “ ujar faiz sambil menarik hujung lengan bajuku kea rah pintu restoran
       belum sempat kami melangkah keluar dari restoran itu , fira memanggil kami “ sekejap … faiz , sebenarnya I nak confess dekat you , sebenarnya , I rasa I nak kita jadi macam dulu balik faiz “ terang fira .
       aku dan faiz saling berpandangan antara satu sama lain “ macam dulu ? like what fira ? before you fall in love dengan fikri ke? Hello fira , you are now bethrowed to him ! . not me , lagipun you yang minta clash dulukan? “soal faiz
       “ bro , aku tahu kenapa kau bertunang dengan puteri , sebenarnya tujuan asal dia pun memang nak kenakan aku kan ? supaya aku boleh fall in love dengan dia and pertunangan kitaorang terbatal , kau ambik fira dan aku amik puteri .. macam tu kan ? aku tahulah .. aku dengar apa plan kau dengan faizal , lain kali kalau nak rancang plan pun janganlah buat kat dalam rumah wei “ aku terlongo mendengar bicara fikri
       “ kau tak pernah kenal pun puteri sebelum ni kan ? aku yang kenal dia , dia kawan baik aku and my first love , faizal pun tahu , sebab tu dia suggest puteri ..kan ? “ aku memandang faiz yang sudah tertunduk
       “ so sekarang kau nak cakap yang kau dah finally fall in love dengan puteri ? jangan mengarutlah faiz mana ada orang yang boleh jatuh cinta sekejap tu dan terus nak kahwin “ faiz masih menundukkan wajahnya
       “ aku menarik lengan bajuku yang dipegang faiz sejak tadi . “ mula-mula aku pun rasa macam tak logic bila dengar senior sekolah aku dulu yang juga merangkap kepada best friend aku melamar aku . tambah lagi jadi tunang aku . tapi at least aku ingat kau ikhlas dengan aku selama ni .. untuk pengetahuan kau fikri , kalau kenal dan simpan perasaan bertahun-tahun pun tapi nama dia tak tercatat pun bersebelahan kau di luh mahfuz buat apa .. aku percayakan takdir dan jodoh dulu .. sekarang , aku macam dah tak pasti “
       aku menoleh ke belakang dan meninggalkan mereka . aku tidak menghiraukan mata – mata yang memandang ketika aku keluar dari restoran itu . aku mengesat air mataku sebelum melangkah kea rah kereta kelisaku


2 tahun kemudian …

       “ you tahu puteri , this guy memang fuzzy gila tau , dia dah upah so many animators and most of them balik with teary eyes .  so kita kena buat betul-betul kali ni “ ujar chris sambil memegang bahuku
       “ yes chris we can do this !  chaiyok .. haha .. in shaa allah .. and thanks again chris sebab you sanggup quit kerja kat situ and follow I kerja dengan le` studio “ chris hanya tersenyum memandangku
       “ ala you don’t have to worry about me , eventhough I don’t really know your reason why you quit the company . tapi apa pun , it was not fun without you there anyway “ aku tergelak melihat perilaku chris
       kami berdua beriringan menuju ke bilik ceo syarikat ini . chris menolak daun pintu dan aku terpaku melihat faiz di hadapanku
       “ puteri , awak buat apa kat sini “ aku hanya memandangnya tidak berkelip “ awak buat apa kat sini faiz ? “ soalku pula
       Faiz tergelak melihat perilaku ku “ this is my office “ terangnya . aku kembali keluar dari biliknya dan baca papan yang tertera namanya sebagai ceo syarikat itu . aku meneguk air liurku .
       “ puteri , mana awak pergi puteri ? puas saya cari awak .. saya pergi rumah awak , mama dengan ayah kata awak tak de , pergi office , boss awak cakap awak dah berhenti , so mana awak sorok sebenarnya selama nip uteri ? “
       aku mendengus “ betul ke selama ni awak cari saya ? puteri ? buka fira ke ? awak .. please .. stop playing with my heart boleh tak ? “ aku ingin berlalu pergi sebelum hujung lengan bajuku di sambar oleh faiz .
       “ no , saya fahmy faiz roslan tak pernah mainkan perasaan awak selama ni , memang betul cakap fikri niat asal saya salah .. tapi saya betul-betul jujur nak memperisterikan awak lepas trip dari legoland haritu “
       aku mengesat air mataku yang hampir bergenang “awak , walaupun saya tak kenal awak dan tak pernah ada crush dekat awak selama saya ada crush dengan fira atau selama awak ada crush dengan fikri .. tapi saya betul-betul sukakan awak puteri “
       “ saya dah tak percayakan awak lagi faiz .. sorry “ aku kembali menarik lengan bajuku dan ingin menolak daun pintu pejabat sebelum kedengaran suara faiz
       “ Saya fahmy faiz roslan ikhlas ingin memperisterikan puteri syafirahelmee … “ jerit faiz . aku sudah terlonggo di hadapan pintu masuk pejabat itu .
       kedengaran tepukan dan pekikan pekerja pejabat itu dengan laungan `say yes ` kea rah ku . aku hanya mampu terpaku di tempatku berdiri .
       Faiz jalan menghampiri ku dan menyarungkan cincin ke jariku . “ I take that as yes “ aku tersenyum ke arahnya dan mengangguk kea rah nya . semua pekerja bersorak kegembiran apabila aku menganggukkan kepalaku .


       “ Saya terima nikah puteri syafirahelmee dengan mas kahwin .. eh ..sekejap syafirahelmee.. “ tergagap-gagap faiz di hadapan tuk kadi
       “haa kenapa dengan syafirahelmee? “ soal tok kadi . Faiz memandang tok kadi semula
       “ saya rasa macam salah sebutlah .. “ fikri datang kea rah faiz dan melibas kertas ke arahnya
       “ habis haritu yang kau sebut masa nak lamar dia tu apa ? hai.. nama isteri kita samalah , engkau puteri syafirahelmee .. aku punya nur syafirahelmee .. apalah “ fikri menggeleng-gelengkan kepalanya .
       ahli keluarga yang lain termasuk tok kadi tergelak melihat telatah faiz . “ hihi , sorry sorry … “ dengan 2 kali lafaz aku telah menjadi isteri kepada fahmy faiz roslan .
       pandanganku ditalakan kea rah fikri yang sedang mendokong bayi perempuan . Selamat cinta pertamaku . pandanganku pula jatuh kea rah wanita di sebelahnya . Alhamdulillah , sejak adegan hari itu , fira sudah mula berubah dan akhirnya betul-betul berkahwin dengan fikri . dia pun sekarang dah pakai hijab , alhamdulillah dan sekarang hanya mempergayakan pakaian muslimah .
       mata ku sorotkan kea rah perut fira yang semakin memboyot “ tu lah , kalau puteri tak merajuk dengan abang haritu , mesti kita dah dapat lawan jumlah anak angah “ aku hanya tergelak mendengar telahan faiz
       “ ada ada aje abang ni , nama puteri pun tak tau “ aku menjuihkan bibirku . giliran faiz pula tergelak
       “ ala .. sama lah macam orang tu dulu , sebab tak tau nama abang , tersalah tunang dengan orang lain “ aku tersenyum
       “ tapi sebabkan careless tu juga abang dapat kahwin dengan cik careless ni “ aku menganggukkan kepalaku dan tersenyum .
       macam-macam cara allah ingin menemukan jodoh makhluknya . aku hanya tergeleng-geleng kecil sebelum memandang kea rah langit yang terbentang luas sambil tersenyum .

        

0 comments: