Detik-Detik Terakhir ( Cerpen pendek 2 congratulate habis sekolah )

2:26 AM Unknown 0 Comments


            




              “Together..together..together every one .. together , come on let`s have some fun !” lagu High School Musical 1 bergendang di benak fikiranku . Aku bersiul-siul kecil . Takut jika pengawas peperiksaan itu curiga . Mataku curi-curi melihat perilaku rakan-rakan seperjuangan . Ada yang kelihatan masih memerah otak menjawab soalan Biologi itu . Ada juga kelihatan yang sedang sedap me`landing`kan kepala di meja . Mungkin penat sangat menelaah Biologi semalah atau memang awal-awal lagi dah angkat bendera putih . Aku mengeluh .
                Aku teringat bicara Hanizah sebelum masuk di dalam dewan pagi tadi “Lepas habis Chemistry semalam , aku campak terus buku . Beg semua dah tonggang-langgang aku kerjakan “ ujar Hanizah dengan selamba . “habis , semalam kau tak belajar Bio langsung ke ? “ tanya Syafinas . “Lebih kurangla “ kata Hanizah lagi .
                  Aku yang ketika itu sedang menelaah biologi pada saat-saat terakhir hanya menggeleng-geleng kecil . Takut Hanizah terasa . Dalam hati , aku mengagumi keberanian Hanizah . Tapi bila mengetahui bahawa dia bukan antara pelajar yang lemah . Aku terus menjadi takut . Mesti dia dah ada backup awal-awal lagi , sebab tu dia berani kata yang dia tak baca langsung . Getus hatiku . 
                   “ Baiklah , masa sudah tamat “ kata pengawas peperiksaan  yang memakai baju hijau itu . Aku mengerling sekilas memandang Sayid Hadif yang duduk di sebelah kanan orang depanku . Dia juga memandangku . Pandangan kami bertaut seketika sebelum dia menoleh ke hadapan . Sukvin , antara rakan yang boleh dikatakan akrab denganya di kelas turut memusingkan badanya ke belakang . Mereka seperti berbincang sesuatu , pasti perancangan semasa cuti sekolah ini . upss , perancangan selepas habis sekolah ini .
                     Mataku kemudian ditalakan ke arah Puvaneshwaran yang berada si hadapanku . Dia sedang tekun menulis sesuatu di kertas Biologinya sebelum mengikat kertas itu dengan cepat apabila guru pengawas itu meminta kertasnya . Dalam hati , aku mengucapkan syukur tak terhingga kerana pepeiksaan sudah tamat , selepas ini tiada lagi leteran ibuku yang menyuruhku , belajar..belajar..belajar ! . Tetapi, hatiku juga tersalit perasaan sedih . Sedih kerana selepas ini aku pasti tidak akan memakai baju ini . Ia , sesungguhnya begitu banyak kenanganku bersama baju ini .
                     Aku tiba-tiba terkenang detik pertama kali aku memasuki sekolah ini . Sememangnya begitu sedikit kenanganku di sini berbanding kenanganku di SMK Seri Bintang Utara .Namun begitu , kenangan di sini tidak kurang nilainya dengan kenanganku di SMKSBU dahulu . Di sinilah tempat di mana aku berjumpa dengan guru-guru yang handal . Handal dalam mendidik , mencurahkan ilmu dan bakti di sekolah ini tanpa jemu . Di sini juga aku telah Berjaya berjumpa rakan – rakan yang sememangnya sungguh perihatin . Aku teringat kata-kata ibuku suatu ketika dahulu . `Kalau nak cari kawan senang , tapi kalau nak cari kawan yang sanggup bersusah – payah bersama kita baik senang atau susah , kawan macam tu baru susah nak cari ` . Aku tersenyum .
                  Aku memusingkan badanku ke belakang . Kelihatan Yamunnah sedang tersenyum ke arahku sambil menayangkan ibu jarinya . Thumb`s up ! . Sah ! mesti dia gembira sebab boleh jawap soalan tadi . Aku membalas senyumanya . “Para pelajar boleh keluar dari dewan sekarang ! “ kata pengawas peperiksaan yang memakai baju kuning itu . Aku menoleh ke arah Rayyan . Dia kelihatan sedang tersenyum . Tiba – tiba keluhan besar kedengaran dari pada para pelajar . Hampa , bukan apa , aku berharap mereka mungkin akan menjerit atau melaungkan merdekeka , tetapi sangkaanku meleset . Tidak mengapa , pasti mereka tidak mahu dianggap tidak berdisiplin kerana pengawas peperiksaan masih berada di situ . Aku menyapa Puven “Macam mana exam ? ok ? “ puvan tersenyum . “ Ok , senang , bolehlah , nasib semua yang saya belajar semalam keluar “ puvan melepaskan keluhan kecil . Aku hanya memandang sambil tersenyum ke arahnya .
             “Oit , cammana ? ok tak ? “ Aidiliya mencuit bahuku . Aku mengerling ke arahnya . “Bolehlah , tak susah sangat , tak senang sangat “ ujarku . Aidiliya juga tersenyum . Kami berborak kecil sambil keluar dari dewan . Mataku memerhati segenap penjuru dewan sebelum melangkah keluar dari dewan . Ini kali terakhir aku akan memasuki dewan ini . Tak lepas ni aku akan memasuki dewan ini untuk mengambil slip SPM pula . Slip SPM ! . Aku mengeluh lagi , tiba – tiba aku membayangkan wajah ibu bapaku apabila mendapat slip itu . Tidak , tidak ! . Think positive ! . Aku mengeluh lagi . Pelik , banyak sangat keluhan ku lepaskan hari ini .
              “ Hai , anak dara tak elok keluh , tak masuk rezeki la “ sapa anis . Aku hanya tersenyum . “Jom , tira bawak computer ni , siapa nak sedut Running man ? ada 200 ke 300 episode ni “ tanganku ditarik Aidiliya . Kami berjalan beriringan ke arah kantin . Kami menyapa Hajar, Roshida , Adnin , Hanisah , Umi , Amaline . Amaline ! . Tba –tiba aku teringat kenangan kami semasa memasuki pelbagai pertandingan bersama . sajak , pidato , debate semua kami sapu habis walaupun wakil sekolah atau tidak , kami tetap memasukinya . Dania juga begitu . Sejak aku mengenali Dania dan Amaline , aku mempunyai matlamat baru ke sekolah dan aku sedar , sejak mengenali mereka dan sejak menjawat jawatan pengawas sekolah . Aku sudah semakin berani . Aku mengucapkan syukur kerana telah diperkenalkan dengan rakan-rakan sebegitu .
              “ Korang , puteri bawak watercolour dan baju sekolah ni  , jom conteng “ ujarku . Anis , Atirah dan Aidiliya mengangguk . Kami mengecop , menandatangan dan melukis gambar di baju itu . Kemudian membiarkanya kering . Sementara itu , aku menyedut video Running man dari computer Atirah dan menangkap gambar bersama – sama mereka .
               “Siapa punya baju ni , eii , nak buat jugak , apasal tak ajak “ ujar Rezkina . Akila membelek – belek baju yang kami biarkan di atas meja tadi . Aku menghulurkan berus dan watercolor tadi . “Dipersilakan “ ujarku . Mereka terus mengambil tempat duduk di hadapan ku dan melakarkan nama masing-masing .
              Kami berbual-bual kosong . Tentang aktiviti yang bakal kami lakukan selepas ini dan hala tuju kami selepas ini . Sesekali aku tersenyum melihat telatah mereka . Hon bertalu-talu telah menyentak perbualan kami . Mama ! . Aku mengeluh untuk kesian kalinya . “Korang , Puteri balik dulu ek , nanti apa-apa keep in touch tau ! kalau nak kahwin especially jangan lupa bagitau puteri tau “ ujarku sambil memeluk rakan-rakanku . Sesunggguhnya kalau boleh aku masih mahu berada di sini lagi . Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya .
                Aku mengerling ke arah baju yang diconteng tadi . Akila yang memahami kerlinganku mengoyakan poster yang terdapat di salah satu papan kenyataan yang terdapat di kantin dan menggunakanya untuk membalut baju itu . “Dah , pergi , nanti tahun depan diorang mesti ganti dengan poster baru punnya tak payah risau sangatlah  “ ujar Akilah . Aku menganggukan kepalaku dan berlari mendapatkan kereta mama .” Apa tu “ tanya mama semasa aku memasuki kereta . Aku hanya menggeleng-gelenggkan kepalaku dan melambai-lambaikan tanganku ke arah rakan-rakanku.
            “So , lepas ni kakak nak ke mana ? “ tanya mama lagi . Aku hanya tersenyum “ Kita tunggu dan lihat ke mana kaki kakak akan berhenti “ ujarku . “lepas ni lebihmencabar rintangan dia ..”mama masih meneruskan bicaranya sehingga kami sampai di rumah .
             Sesampaiku di rumah , aku terus menggantung baju yang kami conteng tadi di dalam sebuah frame yang terdapat di dalam bilikku . Ternyata tanggapanku tentang baju itu hanya contengan biasa meleset apabila membaca kata-kata semangat yang turut terdapat di baju itu . Aku tersenyum apabila teringat pesan mama ketika di dalam kereta tadi . Ia , lepas ini tentunya lebih mencabar .


0 comments: