MR BUZYBODY

9:53 PM Unknown 0 Comments

MR BUSYBODY
KARYA ERINSYA BAHARUDDIN

        “Assalamualaikum…”aku menoleh ke belakang. Tiba-tiba aku terkedu. Ya Allah .. Indahnya ciptaanmu. Lelaki itu melemparkan sebuah senyuman yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita di dalam dunia ini. Sekali lagi aku terkedu.
         Lelaki itu menghulurkan sebungkus plastik ke arahku. Aku mengambil plastic itu dan membuka beg plastic itu. Keningku kerut. Aku memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya menayangkan sengihannya.” Biskut teddy bear ?”soalku.
         Tiba-tiba senyuman lelaki itu bertukar ke gelak. Lelaki itu gelak berdekah-dekah sehingga tertunduk-tunduk memegang perutnya. Aku menjerit sekuat hati.
___________________

         “Hahahahaaha…..”mama berdekah-dekah mentertawakanku. Aku hanya merenung tajam ke arahnya sambil berpeluk tubuh.
         “Ma…its not funny maa..cuba kalau tiba-tiba kakak kena heart attack tadi? Dahlah kakak mimpi best tadi”keluhku. Bibirku muncungkan. Konon ingat nak merajuklah dengan mama.
         Mama memandangku seketika. Betul juga kan ..Karang kalau betul dia kena heart attack..Tak pasal-pasal hilang sorang anak..Naya!!. Mama berdehem kecil.
         “Ok sorry..mama tak bermaksud nak surprisekan kak long macam tu..Mama sebenarnya nak kejutkan kakak je..apalah anak dara pukul 11 pagi pon tak bangun-bangun lagi..Awak tu dah nak masuk 23 tahun tau..mama 23 tahun nil ah mama jumpa ayah tau..cuba tolong-tolong sikit mama kat dapur tu ke ? kalau tak pun siram pokok kat luar ke ? “leter mama. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku persis burung belatuk.
         “Alrite…alrite…sat lagi kak long turun bawah..kak long siram pokok yee” akhirnya aku mengalah.Aku menekup mukaku dengan bantal `wangiku` untuk beberapa minit sebelum melangkah ke bawah.
_________________

         Aku pusing pili paip. Aku renung air yang mengalir dari air paip itu. Haih,nasib-nasib..cuti-cuti macam ni pun kena bangun pagi..aik..pagi ke kalau pukul 11?erkk..
         Aku mula memusing-musingkan getah paip itu. Aku jirus pokok tebu di depanku. Mataku leka melihat air yang mengalir dari batang getah. Air tu macam tengah menari-nari. Aku tersenym nakal.
         Aku memusing-musingkan badanku.Lalalalaa…Air di getah turut berpusing mengikut rentak pusinganku. “Ehemm..”Aku mengerutkan keningku. Aik,setahu aku ayah dah lama pergi kerja, abis siapa yang berdehem tu?.Abah..jangan-jangan encik Ponti..
         Aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki sedang bersiul-siul kecil.Matanya memandang kea rah langit. Tangan pula kedua-duannya dimasukkan ke dalam poket.
         Aku menelan air liur. Siapa ni?nak kata bangla yang selalu ulang-alik depan rumah..macam tak je..kulit putih melepak..nak kata indon..pun macam tak je..muka macam keith foo..ushh handsomenya..Sempat lagi aku meneliti lelaki di hadapanku.
         Tiba-tiba aku melarikan pandanganku apabila mata kami bertaut. Lelaki itu tiba-tiba tersengih. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Ishh, apa kau kiera..mimpi kea pa?.
         Aku pusing ke belakang. Jalan sampai sebelah kaki nak dekat cecah lantai dalam rumah. “Oii..neighbour? sombongnya..”Aku mengerutkan keningku sekali lagi.Kalau hari-hari macam ni, mesti aku cepat tua. Pagi-pagi lagi dah kerut kening banyak kali.
         Oh, so lelaki tadi memang betul-betul wujud lah , bukan baying-bayang. Mataku tatap seraut wajah lelaki itu. Siapa dia ni ye? “Yes? How can I help you?”soalku. Lelaki itu tersenyum ke arahku.
         “Iyaa..saya ini jiran baru yaa..duduk di rumah sebelah..ini..ada sedikit lauk keluarga saya masak ini..mau diberi untuk majikan mu..” sumpah aku hamper tergelak mendengar bicara lelaki itu. Nak kata dia orang indon..sah-sah lah tak..kan? tak pe- tak pe kita follow the flow je .Aku buat-buat muka sesirius yang boleh.
         “Ohh..bisa-bisa..kamu dari indon kah ? “ lelaki itu mengerutkan keningnya. Agaknya memang semua kening akan berkerut kut pagi ni..macam penyakit pula.
         “Nope..tak apa lah..kirim salam sama majikan mu yaa”lelaki itu mengenyitkan sebelah matannya sebelum berlalu ke rumah sebelah.Aku memandang hairan kea rah kelibatnya yang sudah selamat menyelinap di dedaun pintu rumahnya. Aikk..dia bukan indon? Abis kenapa mau bilang dalam bahasa indon yaa?chopp, ke dia ingat aku ni yang indon.
         “Kurang asam pedas betul”aku mendengus kasar sebelum membentak-bentakkan kakiku masuk ke dalam rumah. Aku membuka peti ais. Ais krim Baskin Robin perisa chocholate chip ku keluar. Sebelah tangan lagi mencapai sudu di dapur. Aku mendengus sebelum berlalu kea rah mama yang sedang enak menonton sinetron di kerusi panjang ruang tamu.
         Mama terkejut kecil apabila aku menghenyakkan punggungku ke atas sofa itu. Aku menyedok ais krim kegemaran itu dan dengan lafaz Bismillah..selamat melandingkan dirinya di dalam corong tekakku. Umm..nikmat dunia.
         Mama memandang pelik ke arahku. Mama memandang tanganku yang sudah siap sedia ingin membuat daratan kedua sebelum dia merampas ais krim dariku.
         “Ishh..apa kak long ni? Pagi-pagi lagi dah makan ais krim? Gosok gigi pun belum lagi..dah-dah pergi gosok gigi dulu..”sekali lagi mama berleter.
         Aku memandang mama dengan pandangan penuh simpati. “Please mama..ais krim je..ye” aku menadah tanganku. Mama mengeluh kecil sebelum menyerahkan kembali ais krimku. Aku tersenyum senang dan menyambung suapanku.
         Mama masih pandangku dengan pelik  “Hai kak long..Selalunnya kalau kakak makan ais krim ni..maksudnnya kakak tengah geram..kan ?? siapa yang buat anak mama geram pagi-pagi ni ?” aku pandang mama. Mama pandang aku. Aku mengeluh.
         “Tak..mamat sebelah rumah tu mama..ada ke patut dia kata kak long indon..ada ke patut maa? Dia kata anak dara mama yang cun melecun ni bibik?” Aku merengus. Mama tergelak.Aku memandang mama pelik. Dah kenapa pula mama ni ? kena sampuk ke ? gelak tak hengat dunia.
         Mama kerling kea rahku sebelum menyambung gelaknya. Aku mula berkerut seribu.Kerut lagi..cepatlah aku tua macam ni.Aku menyilangkan tanganku ke dada.
         Mama menghabiskan sisa-sisa tawannya sebelum berkalih ke arahku. “Kak long..cuba kak long telek muka kak long dekat cermin tu..kak long rasa..persis siapa?”aku memandang pelik kea rah mama. Pelik , tapi aku turuti jua. Aku bangun. Bergerak menuju ke cermin mega besar yang ada di ruang tamu rumah. Aku telek seluruh anggota badanku. Mukaku tiba-tiba membahang.
         Ya Allah, patutlah dia kata aku bibik. Seluar slack aku berlecak. Almaklumlah bangun-bangun terus buat amal jariah ,jirus pokok kan..mana nak tau kuat ke tak pancutan air tu. Baju,normallah t-shirt biasa yang aku selalu pakai, ok tak dinafikan Nampak macam lusuh sikit tapi ini t-shirt favourite aku apa. Rambut?erkk..macam baru lepas tsunami.
         Aku pandang mama. Mama rupannya pun tengah pandang aku. Bila pandangan bertaut, mama terus tergelak.Hampeh. Nampaknnya memang kayaknya gua ini indon lah.
____________________

         Aku enak menyodok bihun goring ke dalam pinggan sambil sesekali bersiul-siul kecil. Mama merenung tajam ke arahku. Aku pandang mama sambil menayangkan barisan gigiku yang terusun rapi persis iklan colgate. Kalau mama dah renung-renung lagutu memang dah tau dah tak lama lagi start lah leter dia tu .Anak dara tak boleh buat ni ,anak dara kena tu, klise. Tapi lain yang diharapkan, lain pula yang keluar dari mulut mama.   
         “ Pn Fadhilah jemput kita pergi kenduri kahwin anak sulung dia tengah hari ini”
         Aku perhati lagat ahli keluargaku. Aik,semua setuju? Selalu hari ahad macam ni mesti masing-masing ada aktiviti masing-masing.Pelik!.    
         “Sorry, tapi rasannya kak long tak dapat joinlah, hari ni kak long ingat nak tengok wayang”
         Mama dah pandang-pandang aku lagi sekali. Kini abah juga telah pandang-pandang aku lain macam.Dah macam sesi pandang-memandang pula.
         “Oh, dengan siapa” aku menjawab pertanyaan abah setelah meneguk air tehku.
         “Sorang”
         Semua ahli keluargaku merenungku.”Takde-takde ,kak long kena ikut..mama ingat dengan kawan..kalau sorang kakak kena ikut”
         Aku memandang mama dengan muka belas kasihan. Tetapi malangnya mama memalingkan mukannya menghadap adikku Aqashah yang baru berusia 4 tahun. Kalau mama dah buat gaya macam ni ,alamat say bye-bye je lah Avengers Age Of Ultron tu. Aku mengeluh sebelum mengangguk-anggukkan kepalaku. 
_______________________________
          “Hai you..Sorry haritu ingat awak maid dekat rumah awak..Tak sangka awak sebenarnya anak Puan Nora” Ujar mamat yang tegur aku`bibik` dulu.   
          Aku memandang mukannya dengan renungan tajam. Tau pun salah. Tak jauh tersasar beb. Tak akanlah aku, yang ada degree dalam content development ni Nampak macam bibik-bibik? Tapi tak bolehlah nak salahkan dia seratus-peratus sebab kau pun tak mengakukan haritu.Kan?.
         Aku tersenyum ke arahnya. “Takpelah encik..”
         “Mika..panggil je saya Mika..”
         “Ok..Takpelah encik Mika..Tak ada apa-apa pun, salah saya juga waktu tu..Sebab saya tak mengaku plus saya sebenarnya pun masih percaya tak percaya yang awak ni melayu atau indon..”
         Haa sudah, membuntang terus mata mamat ni bila aku cakap tak pasti indon atau melayu. Aku menyorokkan senyumanku dari dikesannya.
         “Umm sorry? You kata I indon? Buta ke you?I yang putih melepak ni..persis keith foo semua you kata I macam indon” intonasi Mika dah naik turun naik turun
         Aku menayangkan double jerkku. Tadi punyalah elok-elok bahasakan diri saya awak..Sekarang terus tukar You I , I You pula?.Ni lah generasi Y.Agung-agungkan bahasa penjajah.
         “So what?mr..Kenal Baim Wong? Muka dia pun putih..macam you..and ramai lagi artis-artis or bibik-bibiks yang ada kat indon putih melepak macam you..And jangan nak perahsantan sangatlah yang muka you macam Keith Foo. It is too different.Macam langit dan bumi.
         Mika kelihatan terkedu. Mungkin kerana kelancangan aku berkata-kata. Aku memandangnya sinis sebelum berlalu meninggalkannya seorang diri terkebil-kebil memandang kelibatku. Aku menyusup ke dalam rumah. Kea rah ahli keluargaku yang lain yang sedang rancak berbual bersama ibu bapa pengantin.
         Aku tersenyum sendirian. Tak sangka dia pun perasan yang dia tu persis Keith Foo. Mataku tacap kea rah dua mempelai yang sedang gembira berposing di hadapan camera. Tanpa sedar aku mengukirkan segaris senyuman.
         “Fadhilah, ini anak sulung saya , Syakirah” mama memperkenalkanku kepada Pn Fadhilah. Pn Fadhilah menelitiku sebelum melemparkan segaris senyuman kepadaku .Aku membalas senyumannya dan mengangguk kecil.
         “Dia ni baru habis belajar dekat UiTM. “sambung mama. Aku hanya tersemyu.Dan senyum lagi. Pn Fadhilah mengangguk-anggukkan kepalannya.
         “Oh ye? Syakirah ambik bidang apa”
         “Saya Degree Masscomm Instument”
         Pn Fadhilah memandang pelik ke arahku.”Masscomm tu auntie taulah ..Yang instrument tu apa pula?”
         Senyumanku semakin melebar. Selalunnya kalau orang Tanya kos kita, kita malas nak jawab. Tapi kalau aku, lagi orang nak tahu kos aku. Lagilah aku rajin menjawabnya. Almaklumlah,aku kan sangat komited dengan kos yang aku pelajari.
         “Dia macam kena keluarkan idea untuk content . Content-content untuk media baharu seperti animasi, games dan Web content. Kira kerja macam cara nak keluarkan content jelah ..bukan kerja kita untuk buat animasi, games dan web tu. Unless kalau kita betul-betul nak further tu”
         Pn Fadhilah mengangguk-angguk kecil sebelum kembali bersuara. “So macam mana sekarang ,Dengar dah habis studi..ada plan nak sambung mana-mana?” Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku.
         “Setakat ni tak ada lagi..Sebab belum grad lagi..Tapi dah mula riki-rikilah kalau ada mana-mana syarikat yang memerlukan ke?” Sekali lagi Pn Fadhilah mengangguk-anggukkan kepalannya.
         “Sebenarnya kebetulan..Anak auntie..Rizal..Anak kedua auntie dia ada syarikat buat-buat web tu..Kalau nak..Auntie boleh try..Tanya-tanya kalau ada kerja kosong ke..” Kerja kosong?.Baiknye hati auntie ni..Ni yang buat orang saying lebih ni. Mataku bersinar-sinar. Gembira kut. Rasa macam dah lama sangat tanam anggur kat rumah. Nak juga keluar dari rumah. Cari duit sendiri. Apa orang kata, Berdikari gitu.

 ____________
         Tiba-tiba kelibat seorang lelaki dari arah belakangku mendehem.Aku dan pn Fadhilah memusingkan badan kami untuk melihat siapa gerangannya. Mika!. Mamat ni memang tak pandai bagi salam kut. Dari semalam jumpa dia berdehem.
         Mika tersenyum memandang kami. Aku hanya tersenyum tawar memandangnya dari belakang.
         “Haa..panjang umur..Ni auntie kenalkan..Rizal Mikael. Anak kedua auntie. Rizal..Ni Syakirah..Anak auntie Nora”
         Rizal aka Mika tersenyum dan mengangguk kecil kea rah mama dan abah dan tersenyum sinis kepadaku. Aku menelan air liurku. Mika ke yang ada company tu?erk..
         Aku hanya melemparkan senyuman jengkelku. Baru je ingat peluang dapat kerja tu tinggi, Nampak gayannya kena gigih lagilah kiera oii.
         “Ni..ibu baru cakap kat Syakirah ni..Dia baru habis degree dalam bidang macam ala-ala web ni..Tapi dia specialized dalam content developmet. Kalau angah boleh tolong dialah cari kerja ke”
         Mika mengangkat sebelah keningnya dan memandangku. Tajam. Aku menelan air liur sekali lagi. Mama, kak long rela tak dapat job ni dari menahan panahan mata dia maa..iye ke aku lebih rela tak dapat job?.Tak tak..Tahan kiera tahan..demi berdikari!.
         Pn fadhilah berlalu. Katanya nak bagi priversi kat kitaorang nak discuss. Katannya. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku dan tersenyum segaris kea rah Pn Fadhilah.
         Mika menyilangkan kedua-dua tanganya ke dada dan masih merenungku tajam. Aku beralah. Aku tundukkan wajahku. Walaupun aku tundukan wajah. Aku masih dapat tangkap segaris senyuman sinisnya itu. Dah kenapa mamat ni? Aku nak kerja je. Yang pandang aku macam nak telan ni dah kenapa. Ke,dia buat macam ni sebab dia nak balas dendam dengan aku.Mungkin.
         “Oklah cik Syakirah ,saya rasa unappropriate kalau kita bincang benda ni kat sini kan..Apa kata kita duduk-duduk dulu dekat MCD ke maybe..Beli Mac Flurry Oreo ke..Dah-dah awak jangan risau..Saya tak nak makan awaklah..hahahaha”
         Meletus tawa Mika. Aku mengangkat mukaku perlahan memandang muka mika. Merenung mukanya. Serius aku tak faham apa yang mamat ni fikir.
         Mika mengangkat sebelah keningnya. “What? Falling for me already? Saya tahulah saya ni the most eligible bachelor dekat Kajang ni..But please jangan renung-renung saya macam tu..malu I”Mika meng`cover` kedua telapak tangannya ke muka.
         Aku tergelak. “ Apannya ? most eligible bach..What? nearcist..” laju perkataan itu meluncur dari bibirku. Mika menjengkilkan matannya memandangku.
         Apa yang kau dah cakap ni kiera. Tulah, orang dah kata , sebelum bercakap tu..lain kali play dulu dalam otak, baru cakap .Ni tak, main cakap je..Karang dari dapat kerja terus takde chance nanti. Tapi kalau sudah terlajak perahu, boleh diundur. Kalau terlajak bahasa ?.
         Aku memalingkan badanku dari Mika dan berjalan menuju ke pintu rumah. Aku dah berserah, kalau dapat..Dapatlah. Kak long malu maa .
         Aku berlari-lari anak dan meloloskan diriku ke dalam rumah. Aku ada dengar mika terpekik-pekik memanggilku dari belakang tapi dah malu punya pasal .Apa pun aku dah tak fikir. Apa yang aku fikir sekarang ,aku nak tekupkan muka aku dekat bantal `wangiku` .
_____________ 




0 comments: